Syed Saddiq, Bella 'berguru' rumah tangga dengan Wan Azizah

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 10:52 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Syed Saddiq, Bella 'berguru' rumah tangga dengan Wan Azizah
Syed Saddiq dan Bella berkesempatan bertemu Wan Azizah untuk menghantar kad undangan perkahwinan. Foto FB Syed Saddiq

SHAH ALAM – Hampir dua jam meluangkan masa bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan tunangnya, Bella Astillah mengambil kesempatan mendapatkan nasihat mengenai alam perkahwinan.

Menerusi hantaran di Facebook pada Isnin, Syed Saddiq menyifatkan isteri Perdana Menteri itu antara individu paling layak memberikan pandangan mengenai rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan.

Menurutnya, pengalaman Wan Azizah mengharungi dunia politik selain peranan sebagai isteri dan ibu menjadikan beliau seorang yang memahami cabaran serta pengorbanan dalam kehidupan berkeluarga.

"Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.

"Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu.

"Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga," katanya.

Syed Saddiq turut menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai ‘Malaysia’s Compassionate Iron Lady’ berdasarkan keteguhan dan kesetiaannya dalam mengharungi pelbagai cabaran kehidupan.

Syed Saddiq berkata, beliau pernah mendapat penghormatan untuk berkhidmat bersama Wan Azizah ketika berada dalam Kabinet, pengalaman yang disifatkannya sebagai satu penghormatan dan keistimewaan yang sentiasa dihargai.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Wan Azizah atas masa yang diluangkan untuk berkongsi nasihat, cerita dan pesanan kepada mereka berdua.

"Insya-ALLAH nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved