Syed Saddiq hantar kad kahwin kepada Tun M, Siti Hasmah

12 Sep 2026 • 10:29 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Syed Saddiq hantar kad kahwin kepada Tun M, Siti Hasmah

PETALING JAYA – Meniti hari bahagia, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq memilih untuk menghantar sendiri kad jemputan perkahwinannya dengan pelakon, Bella Astillah kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tur Dr. Siti Hasmah.

Syed Saddiq, 33, berkata, dua figura tersebut merupakan antara tetamu paling penting yang perlu hadir pada hari perkahwinannya pada 10 Oktober depan.

“Hantar sendiri kad kahwin kepada Tun M dan Tun Hasmah.

“Tetamu istimewa paling senior dalam senarai tetapi masih pasangan paling muda di hati!” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambahnya, dia juga tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tip dan nasihat sebelum bergelar suami daripada pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga selama tujuh dekad itu.

“Nak masuk alam perkahwinan, mestilah kena minta petua daripada pasangan paling berpengalaman di Malaysia,” katanya lagi.

Menerusi hantaran sama, dia juga berkongsi foto dan video bersama Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah yang turut meraih pelbagai respons positif serta doa daripada netizen.

Sebelum ini, Syed Saddiq mengesahkan tarikh pernikahannya dengan Bella, 31, sudah dipersetujui kedua-dua keluarga, namun mereka belum bersedia berkongsi perincian tersebut.

Namun pada 18 Ogos lalu kedua-duanya mengumumkan tarikh pernikahan mereka adalah pada 10 Oktober 2026 di aras 118, Menara Merdeka Maybank.

Syed Saddiq dan Bella dilaporkan mula berkenalan dengan lebih rapat pada tahun lalu sebelum mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Syed Saddiq hantar kad kahwin kepada Tun M, Siti Hasmah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved