Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya merungkai misteri perhubungannay bersama Bella Astillah, apabila mengumumkan mereka bakal melangsungkan pertunangan hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, beliau memaklumkan lamarannya telah diterima, sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam hubungan mereka.
“Ini bukan pengakhiran cerita, ini permulaan kita. Dan hari ini majlis pertunangan kami, doakan,” katanya.
Menurutnya, hubungan mereka bermula daripada kerjasama biasa sebelum akhirnya berkembang menjadi lebih bermakna, termasuk pelbagai usaha yang berjaya mengumpul lebih RM6 juta bagi membantu rakyat, khususnya penduduk di Muar.
Mantan Menteri Belia dan Sukan itu turut menyifatkan perjalanan berkenaan sebagai aturan terbaik daripada Tuhan.
“Allah SWT sebaik-baik perancang,” katanya lagi.

Menerusi hantaran sama, Syed Saddiq berkongsi momen lamaran tersebut yang berlaku di atas Gunung Kinabalu dalam keadaan hujan lebat.
Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa buat pasangan berkenaan.
Tahniah Syed Saddiq dan Bella! - Getaran, 28 Mac 2026


