Syed Saddiq dan Bella Astillah ‘berguru’ bab perkahwinan dengan Wan Azizah

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 11:26 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Syed Saddiq dan Bella Astillah bertemu Wan Azizah untuk mendapatkan nasihat perkahwinan.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama pasangannya, Bella Astillah meluangkan masa hampir dua jam bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi mendapatkan nasihat mengenai alam perkahwinan.

Syed Saddiq menerusi hantaran di media sosial berkata, pertemuan itu memberi peluang kepada mereka berdua untuk ‘berguru’ mengenai soal rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan dengan isteri Perdana Menteri berkenaan.

Menurutnya, Wan Azizah merupakan antara individu yang paling layak memberikan nasihat mengenai perkara tersebut berdasarkan pengalaman dan perjalanan hidup beliau.

“Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.

“Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu.

“Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga,” katanya.

Syed Saddiq turut menyifatkan Wan Azizah sebagai “Malaysia’s Compassionate Iron Lady” atau ‘Wanita Besi Malaysia yang penuh belas ihsan’.

Baca juga:

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu turut mengenang pengalamannya pernah berkhidmat bersama Wan Azizah dalam Kabinet dan menyifatkan peluang berkenaan sebagai satu penghormatan serta keistimewaan yang akan sentiasa dihargainya.

Bagaimanapun, Syed Saddiq secara berseloroh berkata, kunjungan kali ini bukanlah bagi menghadiri mesyuarat Kabinet, sebaliknya dia dan Bella hadir membawa kad perkahwinan.

“Kali ini datang bukan untuk mesyuarat Kabinet… tapi saya dan Bella datang bawa kad kahwin,” katanya.

Syed Saddiq turut berterima kasih kepada Wan Azizah kerana meluangkan hampir dua jam berkongsi nasihat, cerita serta pesanan kepada mereka berdua.

“Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan,” katanya.

The post Syed Saddiq dan Bella Astillah ‘berguru’ bab perkahwinan dengan Wan Azizah appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved