Syed Saddiq Gesa Panjangkan Cuti Umum Deepavali Seperti Sambutan Perayaan Lain

Entertainment
17 Oct 2022 • 3:52 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semua orang pasti akan gembira bila dapat tahu mengenai cuti umum, pasti ada yang tak sabar nak bercuti ataupun melawat keluarga yang jauh. Tapi, korang perasan tak ada cuti umum yang 2 hari dan ada yang 1 hari?

Baru-baru ini Syed Saddiq menerusi laman sosial Twitter beliau telah menerima sebuah mesej dari seorang pelajar universiti yang meminta untuk memanjangkan cuti Deepavali.

Pelajar itu meluahkan rasa sedih dan hampa, apabila cuti umum Deepavali hanya diberikan selama sehari. Ini membuatkan mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk diluangkan bersama keluarga.

“Kami cuma diberikan satu hari dan ada di antara kami yang tidak dapat menyambut bersama keluarga dan kawan-kawan di rumah kerana masa yang diberi amat singkat dan juga kami mempunyai kuliah pada hari seterusnya,” ulas pelajar berkenaan.

Syed Saddiq kemudian menggesa pihak kerajaan sementara untuk pertimbangkan cadangan memanjangkan cuti Deepavali kepada 2 hari untuk memberikan masa yang cukup kepada penganut agama Hindu.

Menerusi ciapan beliau, cadangan cuti Deepavali dipanjangkan kepada 2 hari agar tempoh cuti umum itu sama seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Ciapan tersebut, menerima pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersetuju dengan cadangan yang diberikan oleh beliau.

image is not available

Bagaimanapun, ada warganet yang tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

image is not available

Pada pendapat korang macam mana? Patut tak Deepavali ni mendapat cuti selama 2 hari?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.