Syed Saddiq Sebak, Larian Kesyukuran Dapat Kumpul Lebih RM50K Dalam Masa Sehari – “Saya Terkejut..”

LocalPolitics
17 Jul 2026 • 2:48 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya mengumpul dana sebanyak RM54,692 pada hari pertama pelaksanaan Misi Larian Kesyukuran, sekali gus menghampiri sasaran kutipan keseluruhan sebanyak RM200,000.

Sokongan padu daripada orang ramai

Menerusi perkongsian di media sosial, Syed Saddiq menyifatkan sokongan yang diterima sepanjang laluan larian dari Putrajaya ke Salak Tinggi hingga ke Labu sebagai amat luar biasa.

Advertisement

Beliau turut meluahkan rasa terkejut dengan kehadiran ribuan penyokong yang setia menunggu beliau di Labu sehingga lewat malam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq)

Menurut beliau, walaupun dirinya yang melakukan larian tersebut, beliau menegaskan bahawa kejayaan misi ini adalah hasil sokongan daripada orang ramai yang sentiasa memberikan semangat sepanjang perjalanan.

Tujuan misi larian

Misi larian sejauh kira-kira 170 kilometer yang dijadualkan berlangsung selama empat hari itu bermula dari pekarangan Istana Kehakiman, Putrajaya menuju ke Muar, Johor.

Larian tersebut merupakan tanda kesyukuran beliau selepas berjaya membersihkan nama dan maruah diri susulan perjuangan mendapatkan keadilan selama enam tahun.

Image from: Syed Saddiq Sebak, Larian Kesyukuran Dapat Kumpul Lebih RM50K Dalam Masa Sehari – “Saya Terkejut..”2026-07-13 12:41:48

"Mama Dan Buya Dah Bagi 'Lampu Hijau' Untuk Kahwin - Syed Saddiq

The post Syed Saddiq Sebak, Larian Kesyukuran Dapat Kumpul Lebih RM50K Dalam Masa Sehari – “Saya Terkejut..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved