Syed Saddiq sumbang RM50,000 SSPN Muar, buat pelbagai kerja sambilan demi rakyat

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 10:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi membantu pendidikan anak-anak di kawasan Parlimen berkenaan.

Beliau berkata, sumbangan yang bersamaan dua bulan gajinya sebagai Ahli Parlimen itu akan disalurkan pada minggu hadapan sebagai usaha berterusan memperkasa pendidikan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Langkah ini dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif, termasuk usaha mendapatkan sumber tambahan, bagi memastikan kebajikan rakyat Muar terus terbela dan tidak dibiarkan menghadapi kesukaran secara bersendirian, khususnya dalam aspek pendidikan.
“Sebelum ini, sebanyak RM100,000 telah disumbangkan kepada SSPN bagi membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di Muar,” katanya.

image is not available

Menurutnya, selain sumbangan kewangan, lebih 3,500 unit komputer riba dan tablet turut diagihkan kepada pelajar yang memerlukan bagi memperkukuh akses kepada pembelajaran digital.

image is not available

Tambah beliau, usaha tersebut mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan pendidikan anak-anak di Muar terus diberi keutamaan.

Sumber:  Threads Syed Saddiq 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved