Syed Saddiq sumbang dua bulan gaji RM50,000 kepada SSPN Muar

LocalPolitics
14 Apr 2026 • 7:16 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Syed Saddiq sumbang dua bulan gaji RM50,000 kepada SSPN Muar
Syed Saddiq

MUAR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menyalurkan sumbangan RM50,000 kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Muar.

Beliau berkata, sumbangan bersamaan dua bulan gajinya sebagai Ahli Parlimen itu akan disalurkan pada minggu hadapan sebagai usaha berterusan membantu pendidikan anak-anak di kawasan Parlimen Muar.

"Langkah ini dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif, termasuk usaha mendapatkan sumber tambahan, bagi memastikan kebajikan rakyat Muar terus terbela dan tidak dibiarkan menghadapi kesukaran secara bersendirian, khususnya dalam aspek pendidikan.

“Sebelum ini, sebanyak RM100,000 telah disumbangkan kepada SSPN bagi membantu anak-anak daripada keluarga kurang berkemampuan di Muar,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, lebih 3,500 unit komputer riba dan tablet turut disalurkan kepada pelajar yang memerlukan sebagai usaha memperkukuh akses pembelajaran digital.

Katanya, usaha berkenaan adalah sebahagian daripada komitmen berterusan beliau terhadap pembangunan pendidikan anak-anak di Muar.