Syed Saddiq tegur pembangkang tak bahas RCI TH – “Yang sakit PMX, yang tak buat kerja pula kita”

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 2:26 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengkritik tindakan blok pembangkang yang memilih untuk tidak menyertai perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Dewan Rakyat hari ini.

Image from: Syed Saddiq tegur pembangkang tak bahas RCI TH – “Yang sakit PMX, yang  tak buat kerja pula kita”

Memetik laporan Berita Harian, menurut bekas Menteri Belia dan Sukan itu, tanggungjawab sebagai wakil rakyat tidak sepatutnya terhenti hanya kerana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat hadir atas faktor kesihatan.

Beliau berkata, lebih 221 Ahli Parlimen yang berada dalam keadaan sihat masih mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan amanah mereka, khususnya dalam membahaskan isu yang melibatkan kepentingan jutaan pendeposit TH.

“Sangat malang sekali kita di pihak pembangkang yang paling lantang membawa nama Melayu-Islam memilih untuk boikot perbahasan mengenai institusi terpenting bagi golongan Melayu-Islam.
“Kita bukan boikot Perdana Menteri, kita sedang memboikot amanah kita kepada jutaan pendeposit TH.
“Disebabkan itu, sebagai Ahli Parlimen pembangkang, saya tidak memilih untuk memboikot tetapi Muar memilih untuk berbahas menggunakan fakta dan data supaya maruah, integriti dan nama baik lebih 10 juta pendeposit TH dapat dibela,” katanya ketika berucap pada sidang khas Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum itu, blok pembangkang kecuali Ahli Parlimen BERSATU bertindak meninggalkan Dewan Rakyat dan tidak menyertai sesi penerangan mengenai RCI berkenaan.

Tindakan tersebut dibuat selepas mereka tidak berpuas hati dengan keputusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang meneruskan sesi berkenaan tanpa kehadiran Perdana Menteri.

Image from: Syed Saddiq tegur pembangkang tak bahas RCI TH – “Yang sakit PMX, yang  tak buat kerja pula kita”

Mengulas perkara itu, Syed Saddiq menegaskan bahawa persidangan Dewan Rakyat bukanlah ‘*one men show*’ yang bergantung kepada seorang individu sahaja.

“Yang sakit Perdana Menteri, tetapi yang tidak buat kerja pula kita, …yang dibayar puluhan ribu ringgit, gaji, pencen sudah tentu dapat dan pada masa yang sama elaun, hanya untuk memainkan peranan semak dan imbang tetapi kita gagal memainkan peranan berkenaan.
“Jelas, RCI TH bukan milik mana-mana Perdana Menteri dan ia juga bukan milik mana-mana parti.
“Realitinya ia adalah milik lebih 10 juta pendeposit umat Islam yang mengharapkan kita sebagai Ahli Parlimen memainkan peranan semak dan imbang, mencari solusi yang tuntas supaya nasib dan maruah mereka terbela,” ujarnya.

Artikel lain: RCI Tabung Haji: Tiada aset dijual kepada bukan Islam atau China -Zulkifli

Syed Saddiq turut berpandangan bahawa mana-mana Ahli Parlimen yang mempunyai fakta berkaitan isu berkenaan sepatutnya menggunakan ruang perbahasan untuk mengetengahkan perkara tersebut.

Katanya, sekiranya terdapat sebarang kesalahan yang dilakukan, perkara itu wajar dibahaskan dan dibongkar secara terbuka berdasarkan fakta supaya kepentingan serta hak pendeposit TH terus dipelihara.

Sumber: Berita Harian (Mohammad Khaiiril Ashraf Mohd Khalid)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved