RCI TH: UMNO, BN tak lindungi individu seleweng TH

LocalPolitics
11 Aug 2026 • 4:25 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RCI TH: UMNO, BN tak lindungi individu seleweng TH

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO tidak akan melindungi mana-mana individu yang didapati terbabit dalam penyelewengan sehingga menjejaskan Lembaga Tabung Haji (TH).

Datuk Seri Hasni Mohammad berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pecah amanah, salah guna kuasa atau salah tadbir membabitkan institusi berkenaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa BN khususnya UMNO tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam pecah amanah, salah guna kuasa atau salah tadbir yang menjejaskan TH.

“Keadilan bukan sahaja mesti dilaksanakan, ia juga mesti dilihat sedang dilaksanakan,” katanya dalam sesi perbahasan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berkaitan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai TH, hari ini.

Dalam pada itu, Hasni menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguatkuasaan berkaitan memberikan perkembangan terkini kepada orang ramai secara berkala mengenai semua siasatan yang sedang dijalankan.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, langkah tersebut perlu dilaksanakan dalam tempoh masa yang jelas bagi memastikan masyarakat mengetahui perkembangan tindakan susulan terhadap dapatan berkaitan TH.

Pada masa sama, Hasni menggesa supaya Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dipinda secara menyeluruh bagi memperkukuh tadbir urus institusi berkenaan.

Menurutnya, pindaan itu perlu merangkumi syarat yang jelas bagi semua pelantikan lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi selain memperketat peruntukan berkaitan konflik kepentingan.

“Pindaan tersebut mesti merangkumi syarat-syarat yang jelas bagi semua pelantikan lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi serta peruntukan konflik kepentingan yang lebih ketat.

“Ia juga perlu merangkumi kewajipan pengisytiharan kepentingan dan aset oleh pemegang jawatan utama serta mengurangkan kuasa budi bicara yang terlalu besar di bawah pihak eksekutif,” katanya.

Selain itu, Hasni turut menggesa kerajaan melaksanakan audit forensik bebas terhadap semua pelaburan TH yang dikenal pasti oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

“Saya juga menggesa supaya dilaksanakan audit forensik bebas terhadap semua pelaburan yang dikenal pasti oleh RCI,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post RCI TH: UMNO, BN tak lindungi individu seleweng TH appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved