Syed Saddiq terima nasihat ‘menusuk kalbu’ dari UAI -“Kebahagiaan bukan pada harta”

LocalPolitics
27 May 2025 • 9:03 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Syed Saddiq terima nasihat

Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq terima nasihat daripada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus apabila menitipkan 2 pesanan menusuk kalbu buatnya.

Syed Saddiq terima nasihat daripada pendakwah terkenal

Perkara tersebut dikongsikan olehnya di media sosial apabila berkesempatan untuk duduk semeja dengan Ustaz Azhar sambil berbual mengenai rutin harian pendakwah berkenaan setiap hari.

Instagram will load in the frontend.

Syed Saddiq terima nasihat 2 perkara penting

Dalam video tersebut, Syed Saddiq dilihat begitu tekun mendengar nasihat daripada Ustaz Azhar yang mengatakan dua hal penting iaitu tentang kebahagiaan dan juga fitnah

“Kebahagiaan bukan pada harta. Tapi pada keluarga. Jaga mereka. Sayangi mereka. Jangan abaikan.

“Fitnah datang bertubi-tubi. Jangan goyah. Jangan lemah. Tetap cekal. Tetap tenang,” tulisnya menyatakan isi perbualan dengan UAI.

Seronok dapat tahu UAI juga suka berbasikal

Ahli politik muda itu juga mengakui kagum dengan sosok pendakwah terbabit selepas mengetahui bahawa beliau gemar berbasikal dan menceritakan akan mengayuh diawal pagi sebelum bersarapan bersama keluarga.

“Bonus fact? Ustaz pun kaki cyclist! Bukan biasa-biasa. Steady la, Ustaz!” ujarnya lagi.

Menuntut ilmu rumah tangga keYB?

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berasa gembira melihat pertemuan anak muda dengan orang agama, termasuk berseloroh meminta Ustaz Azhar menasihati hal rumah tangga kepada Syed Saddiq.

image is not available

Nasihat yang ‘manis2’ sikit ada tak?

image is not available

Bagus anak muda terus cari ilmu bersama murabbi

image is not available

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kebelakangan ini kerap menjadi perhatian apabila kedekatannya dengan penyanyi, Bella Astillah.

Walaupun masing-masing tidak pernah mengiyakan sama ada mereka mempunyai hubungan lebih daripada kawan, ramai yang mendoakan agar mereka berjodohan kerana terlihat begitu sepadan.

Sumber: Instagram syedsaddiq