Syed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir

LocalPolitics
30 Jun 2026 • 9:04 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Syed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir
Syed Saddiq
Image from: Syed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir
Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan pada Selasa dengan disambut ahli keluarga serta beberapa pimpinan parti politik. Foto Sinar Harian - ASRIL ASWANDI SHUKOR
Image from: Syed Saddiq tiba di mahkamah dengan senyuman untuk keputusan rayuan akhir
Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya serta beberapa individu yang hadir.

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tiba di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa dengan disambut ahli keluarga serta beberapa pimpinan parti politik.

Beliau yang memakai sut berwarna hitam tiba kira-kira jam 8.50 pagi dalam keadaan tenang dan kelihatan tersenyum sebelum memasuki kawasan mahkamah.

Syed Saddiq sempat bersalaman dengan ibu bapanya serta beberapa individu yang hadir, selain melambai ke arah pengamal media yang menunggu sejak awal pagi.

**media[3566560]**

Turut kelihatan hadir ialah Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir; bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun dan beberapa individu lain.

Keputusan yang dinanti-nantikan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun tersebut kekal bebas atau kembali disabit dengan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta.

**media[3566528]**

Panel tiga hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah akan menyampaikan keputusan berkenaan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak sebelum ini.

Prosiding itu merupakan medan rayuan terakhir bagi pendakwaan selaku perayu, sementara Syed Saddiq sebagai responden.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved