Syedot Asmr Mohon Maaf Tapi ‘Off Komen’, Liana Beep Beep Mahu Bongkar Kebenaran - “Tak Kisah Kesian Atau Tidak, Aib Atau Tidak, Saya Akan…”

6 Aug 2024 • 12:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

YouTuber mukbang yang dikenali sebagai Syedot Asmr menyatakan hasratnya untuk bersemuka dengan pempengaruh media sosial, Liana Beep Beep bagi menyelesaikan kemelut antara mereka.

Permohonan Maaf

Bagaimanapun, Syedot juga membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Liana kerana telah mengungkit cerita lama mereka di dalam sebuah saluran podcast.

 

"Sejak beberapa hari ini nama saya hangat diperkatakan. Oleh itu, saya ingin memohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada Liana kerana secara tidak langsung isu ini telah melibatkan suami dan keluarganya.

 

"Saya mengaku bersalah dalam hal ini kerana membangkitkan isu ini dalam podcast tersebut. Saya mengaku ramai yang kata saya ‘red flag’ kerana melontarkan cerita ini secara umum.

 

 

"Saya amat menyesal dengan perbuatan ini, saya ingin minta maaf atas segala percakapan dan perbuatan saya. Jika berkesempatan untuk kedua-dua pihak bertemu, saya akan ambil peluang itu untuk memohon maaf secara berdepan,” katanya.

Bongkar Kebenaran

Sementara itu, Liana menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia akan membongkarkan cerita sebenar mengenai isu tersebut meskipun akan membuka aib kedua-kedua pihak.

 

"Kalau terpaling benar kenapa tutup komen? Tolong bertindak matang sepertimana usia awak. Saya tidak akan cover untuk awak lagi dah. Tak kisah kesian atau tidak, aib ke tidak, saya akan cerita.

 

“Sebab awak langsung tak faham erti perkataan tanggungjawab dan bercakap benar,” katanya.

 

Terdahulu, Syedot menerusi siaran langsung di TikTok mengakui kesilapannya mengungkit kisah lama yang mengaitkan nama Liana Beep Beep.

 

Meminta pihak Cikidot Channel untuk privasikan podcast mereka, Syedot berkata dia sendiri yang membenarkan Liana membuat video penjelasan bagi membersihkan nama.