Syida Melvin Anggap Perceraian Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi Ke-30, Sedia Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal

12 Aug 2026 • 12:36 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon dan usahawan, Syida Melvin menyifatkan perceraian dengan bekas suaminya, Syafiq Azim, sebagai satu ‘hadiah’ sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-30 yang disambut pada Selasa.

Syida berkata, dia bersyukur apabila prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu dapat diselesaikan dengan cepat dan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

Advertisement
View this post on Instagram

Alhamdulillah prosiding hari ini selesai dengan cepat seperti yang dijangkakan dan semuanya berjalan dengan lancar.

Memandangkan semalam (Selasa) ulang tahun kelahiran saya, jadi perceraian adalah hadiah hari jadi yang tak semua orang akan dapat.

Dalam pada itu, Syida memaklumkan meskipun hubungan mereka sebagai suami isteri sudah berakhir, dia dan Syafiq akan terus mengekalkan hubungan yang baik demi kebajikan tiga orang anak mereka.

Pada masa sama, Syida berkata dia sudah bersedia untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang ibu tunggal selepas beberapa bulan tidak lagi tinggal sebumbung bersama Syafiq.

Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Dengan Syafiq Azim, Peguam Dedah Status Hadanah & Nafkah

Saya okay saja, insya-Allah. Semuanya bergantung kepada mindset sebenarnya. Saya juga sudah lama bersedia (bergelar ibu tunggal).

Sepanjang lima ke enam bulan kami tidak sebumbung ini pun, anak-anak memang bersama dengan saya jadi okay saja.

Walaupun anak-anak berada dengan saya di kampung tetapi mereka tetap boleh berjumpa bapa mereka setiap kali ke Kuala Lumpur.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Syida dan Syafiq menemui titik noktah apabila pasangan berkenaan disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Rabu.

Sebelum ini, rumah tangga pasangan tersebut mula menjadi perhatian selepas Syida dilaporkan memfailkan permohonan perceraian terhadap Syafiq pada Disember tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

SYida melvin2026-08-12 10:17:59

Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Dengan Syafiq Azim, Peguam Dedah Status Hadanah & Nafkah

The post Syida Melvin Anggap Perceraian Sebagai ‘Hadiah’ Hari Jadi Ke-30, Sedia Jalani Hidup Sebagai Ibu Tunggal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved