Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bersama

12 Aug 2026 • 11:59 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Perceraian Syida Melvin dan suaminya, Syafiq Azim akhirnya menemui titik noktah apabila pasangan itu sah berpisah secara talak satu.

Proses tersebut diselesaikan dalam keadaan baik dan tenang di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada pagi Rabu, dengan kedua-dua pihak dilaporkan memberikan kerjasama sepanjang prosiding berlangsung.

Perceraian Syida Melvin dan suami selesai secara damai

Image from: Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bersama

Syafiq dilaporkan melafazkan cerai terhadap Syida di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari pada jam 9.25 pagi.

Peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah memaklumkan urusan perceraian pasangan berkenaan berjalan lancar dan diselesaikan secara damai. Menurut Nurul Jamaliah, tempoh idah Syida juga bermula pada hari yang sama sehingga tiga kali suci.

Image from: Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bersama

Dalam pada itu, soal hak penjagaan anak atau hadanah serta tuntutan nafkah masih belum dimuktamadkan.

Hadanah dan nafkah mungkin akan difailkak selepas ini. Perlu tunggu beberapa dokumen yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.- Katanya.

Hampir tujuh tahun berumah tangga

Image from: Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bersama

Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, sebelum ini memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya pada Disember tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

The post Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bersama appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved