Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Dengan Syafiq Azim, Peguam Dedah Status Hadanah & Nafkah

LocalFamily & Parenting
12 Aug 2026 • 10:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Rumah tangga usahawan dan selebriti, Syida Melvin bersama suaminya, Syafiq Azim akhirnya berakhir apabila pasangan itu disahkan bercerai dengan talak satu.

Syafiq dilaporkan melafazkan cerai terhadap Syida di hadapan Hakim Syarie, Norul Aina Bahari pada jam 9.25 pagi, Rabu, di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurut peguam syarie yang mewakili Syida, Nurul Jamaliah, prosiding lafaz cerai tersebut berjalan dengan lancar dan dalam keadaan tenang selain kedua-dua pihak memberikan kerjasama yang baik.

Alhamdulillah, kes perceraian Syida dan Syafiq telah selesai. Mereka sah bercerai talak satu rajie. Kedua-dua pihak selesaikan secara damai.

Dalam masa sama, Nurul Jamaliah memaklumkan tempoh idah Syida bermula pada hari ini sehingga tiga kali suci.

Ketika ditanya mengenai urusan hak penjagaan anak atau hadanah serta tuntutan nafkah, beliau berkata perkara berkenaan akan diteliti dan kemungkinan difailkan selepas beberapa dokumen daripada pihak mahkamah diperoleh.

Syida Melvin Dan Suami Sudah Lima Bulan Tinggal Berasingan, Anak-Anak Terpaksa Pindah Sekolah

Hadanah dan nafkah mungkin akan difailkak selepas ini. Perlu tunggu beberapa dokumen yang akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu, Syida telah memfailkan permohonan perceraian terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor.

Untuk rekod, Syida atau nama sebenarnya Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syida melvin2026-08-06 16:14:41

Syida Melvin Dan Suami Sudah Lima Bulan Tinggal Berasingan, Anak-Anak Terpaksa Pindah Sekolah

The post Syida Melvin Sah Bercerai Talak Satu Dengan Syafiq Azim, Peguam Dedah Status Hadanah & Nafkah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved