SPRM giat kesan lelaki warga Singapura dikehendaki sejak tiga tahun lalu

LocalPolitics
12 Aug 2026 • 5:46 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: SPRM giat kesan lelaki warga Singapura dikehendaki sejak tiga tahun lalu

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) giat mengesan seorang warga Singapura yang dikehendaki sejak tiga tahun lalu selepas gagal hadir bertemu pegawai penyiasat meskipun berjanji untuk berbuat demikian sejak 10 bulan lalu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, usaha mengesan Poh Po Lian yang mempunyai alamat terakhir di B-47-3, Pavilion Residence 2, Jalan Raja Chulan dekat sini masih diteruskan.

Katanya, turut dikesan ialah seorang wanita rakyat Malaysia dikenali sebagai Jennifer Kok Sau Keng dengan alamat terakhir di B-24-03, Abadi Villa, Jln 3/109C, Off Jalan Klang Lama, Taman Abadi Indah di sini.

Menurut SPRM, Bahagian Siasatan agensi itu sudah mengeluarkan kenyataan media bagi mengesan kedua-dua saksi berkenaan pada Oktober 2025 dan Mac lalu namun mereka masih gagal dikesan.

“Alamat terakhir mereka di 15 White House Park, Singapore 257832, juga tidak mempunyai hasil.

“Sehubungan itu, waran tangkap dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu terhadap kedua-dua individu berkenaan,” jelasnya.

SPRM berkata, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kedua-dua individu terbabit diminta menghubungi pegawai penyiasat, Stefan Lue Hsien, melalui talian 017-902 8199 atau e-mel: stefan@sprm.gov.my.

Tahun lalu, seorang peguam yang mewakili Po Lian, dilaporkan mendakwa bahawa lelaki itu tidak mengetahui dirinya sedang dikesan oleh SPRM malah tidak pernah mendapat maklumat rasmi berhubung perkara berkenaan. – UTUSAN

The post SPRM giat kesan lelaki warga Singapura dikehendaki sejak tiga tahun lalu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved