Synology Memperkenalkan Kelengkapan NAS Dan Kemaskini Kepada Perisian DSM Di Computex Taipei

TechnologyDigital
8 Jun 2026 • 1:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Synology, jenama perkakasan storan pasaran pengguna dan juga enterprise telah memperlihatkan sejumlah produk-produk baru di acara Computex baru-baru ini, yang memfokuskan terhadap storan untuk syarikat-syarikat berskala sederhana.

Bermula dengan perisian DiskStation Manager, Synology telah mengatakan bahawa perisian pengawalan NAS tersebut kelak akan ditambah dengan sokongan untuk membantu mengawal NAS dengan GPU terbina yang akan diperkenalkan kelak untuk tujuan gabungan storan dan AI, membolehkan syarikat-syarikat atau individu untuk menggerakkan sistem AI secara tempatan melalui NAS secara terus tanpa perlu bergantung kepada perkhidmatan awanan.

Image from: Synology Memperkenalkan Kelengkapan NAS Dan Kemaskini Kepada Perisian DSM Di Computex Taipei

Dalam pada itu, DSM kelak juga akan menambahkan sokongan ActiveProtect Manager 2.0 yang menggunakan pengesanan ancaman AI untuk mengenal pasti anomali dan perisian hasad yang mengancam data sandaran anda. Apabila terdapat sebarang isu dikesan, ia akan mencetuskan mekanisme Auto Fallback untuk memulihkan sandaran terakhir yang tidak dikompromikan.

Ciri keselamatan ini juga boleh dilanjutkan kepada perkhidmatan awanan dan platform virtualisasi seperti  Microsoft Azure Virtual Machines, Amazon EC2, Nutanix AHV, Proxmox VE dan Google Workspace. Kemaskini kepada perisian DiskStation Manager akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang tahun ini, dengan sokongan ActiveProtect 2.0 akan hadir pada suku ketiga 2026 kelak.

Image from: Synology Memperkenalkan Kelengkapan NAS Dan Kemaskini Kepada Perisian DSM Di Computex Taipei

Synology Office Suite menambah ChatPlus dan Meet, membawakan komunikasi gred perusahaan dengan kebenaran terperinci dan kawalan pengurusan. Kedua-duanya menyepadukan transkripsi dan terjemahan berkuasa AI, membantu pasukan bekerja dengan lebih cekap sambil memastikan semua data berada sepenuhnya di premis dan di bawah kawalan organisasi.

Image from: Synology Memperkenalkan Kelengkapan NAS Dan Kemaskini Kepada Perisian DSM Di Computex Taipei

Untuk kumpulan pengguna pula, Synology memperlihatkan penawaran BeeStation dan BeeStation Plus yang kini menawarkan pelbagai pilihan untuk menampung pelbagai keperluan storan. BeeCamera membolehkan pemantauan rumah pada BeeStation Plus dengan kamera Synology, dan Synology Deep Search membawakan carian setempat berkuasa AI merentasi kandungan peribadi pada macOS dan Windows, membolehkan pengguna mencari apa sahaja dengan AI tanpa menjejaskan privasi.