Acer Swift Spin 14 AI dan Aspire Go 15 Dilancarkan dengan Cip Snapdragon Terkini

TechnologyDigital
29 May 2026 • 4:11 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dengan Computex akan berlangsung minggu depan, pengeluar komputer mula melakukan pengumuman awal produk yang boleh dilihat di acara tahunan ini. Acer memperkenalkan dua lagi komputer riba dengan cip Snapdragon X2 dan Snapdragon C yang baru sahaja diumumkan.

Image from: Acer Swift Spin 14 AI dan Aspire Go 15 Dilancarkan dengan Cip Snapdragon Terkini

Acer Swift Spin 14 AI ialah komputer riba pertama dengan 14” WUXGA IPS yang boleh mengesan sentuhan serta boleh diputarkan 360 darjah. Ia ditawarkan dengan pilihan cip Snapdragon X2 Elite atau X2 Plus dengan kemampuan memproses AI 80 TOPS, memori sehingga 32GB LPDDR5X RAM, storan sehingga 1TB SSD dan bateri sehingga 23 jam menonton video berterusan.

Skrin boleh digunakan bersama Acer Active Stylus 420 berteknologi Wacom AES 2.0 serta mengesan 4096 tahap tekanan. Pilihan I/O pula ialah 2× USB‑C, 2× USB‑A, HDMI 2.1, dan port pengecas 100W. Terdapat kamera web 5MP dilengkapi pemancar IR bagi menyokong Windows Hello. Acer Swift Spin 14 AI akan mula dipasarkan di beberapa bermula Julai. Harga belum diumumkan.

Image from: Acer Swift Spin 14 AI dan Aspire Go 15 Dilancarkan dengan Cip Snapdragon Terkini

Acer Aspire Go 15 pula dilengkapi skrin 15.6″ 1080p, cip Snapdragon C, memori sehingga 8GB of RAM, storan sehingga 512GB, Wi-Fi 6e, dilengkapi dua port USB-C dan satu HDMI. Ia akan dijual pada harga $599 sebuah. Ini ialah percubaan Acer menawarkan komputer riba Windows 11 mampu milik yang hadir dengan rekaan nirkipas.