Syor RCI: 75 peratus selesai, Akta TH dipinda dalam masa terdekat

LocalPolitics
30 Jul 2026 • 2:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Syor RCI: 75 peratus selesai, Akta TH dipinda dalam masa terdekat

KUALA LUMPUR – Sebanyak 75 peratus syor yang dikemukakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) berjaya dilaksanakan, manakala bakinya termasuk pindaan Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) akan diselesaikan dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan, berkata, ia sedang diperhalusi menerusi sesi libat urus yang telah dijalankan TH bersama pihak berkepentingan bagi memastikan pindaan akta berkenaan dilakukan dengan tepat.

“TH sudah pun mengadakan libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan, mengambil maklum dan perhatian, input serta pandangan semua pihak supaya pindaan itu adalah yang paling tepat.

“Insya-Allah, dalam masa terdekat kita akan lakukan pindaan tersebut,” katanya selepas berucap pada Majlis Apresiasi Ejen Kutipan Zakat dan Wakaf 2026, di sini hari ini.

Dr. Zulkifli berkata, TH kini berada dalam keadaan amat baik dengan peningkatan dari segi tadbir urus, selain rizab keuntungan yang semakin kukuh dari semasa ke semasa.

Malah, katanya, pengurusan haji negara turut menerima pengiktirafan antarabangsa apabila dianugerahkan menerima `Diamond Award’ bagi pengurusan haji terbaik dunia pada musim haji 1447H/2026M.

Terdahulu media melaporkan, RCI menerusi 25 syor, antaranya mencadangkan Akta 535 dipinda bagi mengehadkan kuasa mutlak menteri dalam pelantikan ahli lembaganya, selain menetapkan kriteria pemilihan lebih ketat berdasarkan kepakaran.

Laporan RCI mendapati, peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 6 Akta 535 memberikan kuasa yang terlalu luas kepada menteri bertanggungjawab terhadap hal ehwal agama untuk melantik dan membatalkan pelantikan Pengerusi serta anggota Lembaga TH. – KOSMO! ONLINE

The post Syor RCI: 75 peratus selesai, Akta TH dipinda dalam masa terdekat appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved