‘Syukur dah makin okey’ – Naykilla dikejarkan ke hospital semalam

EntertainmentLifestyle
9 Nov 2026 • 4:33 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Syukur dah makin okey’ – Naykilla dikejarkan ke hospital semalam

KUALA LUMPUR – Penyanyi Indonesia Naykilla mengakui berdepan masalah kesihatan akibat keletihan melampau sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital beberapa jam sebelum membuat persembahan di pentas Ultrakalcer 2026 semalam.

Tiada yang serius, Naykilla, 23, yang popular dengan genre ‘hipdut’ itu bersyukur apabila keadaan kesihatannya beransur pulih dan teruja dapat menghiburkan peminat di Malaysia pada hari kedua acara tersebut.

“Ya, saya kurang sihat sedikit sebelum ini tetapi syukur keadaan kesihatan saya sudah semakin okey.

“Peluang membuat persembahan di Kuala Lumpur hari ini (semalam) memang sangat hebat,” katanya kepada Kosmo! Online selepas persembahannya di pentas Ultrakalcer 2026 di sini, semalam

Mengulas lanjut mengenai keadaan dirinya, pelantun lagu So Asu itu tidak menolak kemungkinan bahawa jadual kerja yang terlalu padat menjadi punca dia jatuh sakit.

“Jadual kerja terlalu padat, jadi mungkin itu antara sebab saya jatuh sakit.

“Sekarang saya sudah okey. Terima kasih atas keprihatinan,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Naykilla meluahkan rasa terharu dan bersyukur dengan sokongan peminat yang tidak pernah berbelah bahagi sepanjang perjalanan karier seninya.

Tegasnya, peluang beraksi di pentas berskala mega seperti Ultrakalcer 2026 tidak mungkin menjadi realiti tanpa sokongan peminat khususnya di Malaysia.

“Sudah tentu saya berasa sangat bangga dan gembira membuat persembahan di pentas ini.

“Saya tidak mungkin berada di sini tanpa kalian semua dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya.

“Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menerima saya serta muzik saya seadanya,” ujarnya.

Selain Naykilla, Ultrakalcer 2026 yang berlangsung selama dua hari sejak 7 November lalu turut menghimpunkan beberapa penyanyi tempatan dan Indonesia seperti Fugo, Dukes, Krisdayanti, Hindia, Lomba Sihir dan Romantic Echoes. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Syukur dah makin okey’ – Naykilla dikejarkan ke hospital semalam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved