Dikejarkan Ke Hospital Sebelum Buat Persembahan Di Malaysia, Naykilla Jatuh Sakit Sebab…

9 Nov 2026 • 11:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Dikejarkan Ke Hospital Sebelum Buat Persembahan Di Malaysia, Naykilla Jatuh Sakit Sebab…

Penyanyi Indonesia, Naykilla mengakui mengalami masalah kesihatan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital beberapa jam sebelum membuat persembahan di pentas Ultrakalcer 2026.Bagaimanapun, Naykilla bersyukur kerana keadaannya semakin pulih dan dia tetap bersemangat untuk meneruskan persembahan di Kuala Lumpur."Ya, saya kurang sihat sedikit sebelum ini. Tetapi sekarang saya sudah berasa jauh lebih baik. Kuala Lumpur memang sangat hebat," katanya kepada Gempak.Mengulas lanjut mengenai keadaan kesihatannya, pelantun lagu So Asu itu mengakui jadual kerja yang terlalu padat berkemungkinan menjadi antara faktor dirinya jatuh sakit."Jadual saya terlalu padat, jadi mungkin itu antara sebab saya jatuh sakit."Sekarang saya sudah okey. Saya berasa sangat baik. Terima kasih banyak-banyak," ujarnya.Dalam pada itu, Naykilla turut meluahkan rasa terharu dan bersyukur apabila menerima sokongan daripada peminat yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang perjalanan seni.Jelasnya, kejayaan dan peluang untuk berada di pentas besar seperti Ultrakalcer 2026 tidak mungkin dapat dikecapi tanpa sokongan serta kasih sayang yang diberikan oleh orang ramai."Sudah tentu saya berasa sangat terhormat dan gembira. Saya juga berasa luar biasa."Saya tidak mungkin berada di sini tanpa anda semua dan mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepada saya."Jadi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong dan menerima saya seadanya," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved