Syukur! Pendaki wanita, Jaslinda yang hilang di Gunung Batu Putih ditemui selamat selepas 15 hari

LocalTravel
6 Jun 2026 • 6:13 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Syukur! Pendaki wanita, Jaslinda yang hilang di Gunung Batu Putih ditemui selamat selepas 15 hari

Alhamdulillah, syukur! Selepas berhari-hari mengundang resah dan debaran di hati keluarga serta seluruh rakyat Malaysia, teka-teki mengenai kehilangan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, akhirnya terjawab dengan khabar paling gembira.

Selepas dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu, wanita cekal ini akhirnya ditemui dalam keadaan selamat hari ini.

Detik-detik cemas itu bertukar lega apabila kelibatnya berjaya dikesan di Kampung Lubuk Gaharu berhampiran Pos Musoh.

Image from: Syukur! Pendaki wanita, Jaslinda yang hilang di Gunung Batu Putih ditemui selamat selepas 15 hari

Penemuan bermakna itu disedari oleh komuniti Orang Asli setempat yang sangat prihatin, sebelum mereka segera memaklumkannya kepada pihak berkuasa. Berita gembira ini turut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Perak, Datuk Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi Sinar Harian, yang mana satu kenyataan media rasmi bakal menyusul dalam masa terdekat.

Sebelum pengesahan dibuat, beberapa keping gambar yang memaparkan Jaslinda sedang berehat di sebuah rumah komuniti di kawasan tersebut telah pun tular di media sosial, sekali gus memberikan sinar harapan awal kepada semua yang mendoakan keselamatannya.