Sze Fei-Izzuddin cipta sejarah, kini pasangan beregu nombor satu dunia

FootballSports
27 May 2025 • 7:54 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Selepas melalui turun naik prestasi sejak awal tahun, pasangan beregu lelaki negara Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani akhirnya berjaya mencipta detik bersejarah apabila diumumkan sebagai pasangan beregu nombor satu dunia oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Dengan kutipan mata keseluruhan sebanyak 91,090, mereka berjaya memintas pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang jatuh ke tempat kedua selepas gagal mempertahankan kejuaraan di Masters Malaysia minggu lalu.

Kedudukan baharu ini menjadikan mereka beregu lelaki Malaysia pertama dalam tempoh lapan tahun yang berjaya menduduki takhta nombor satu dunia, mengulangi pencapaian Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada tahun 2016.

Sze Fei dan Izzuddin sebelum ini mencuri tumpuan apabila menjuarai Terbuka India Januari lalu, namun aksi mereka selepas itu agak hambar. Beberapa kejohanan disertai tidak membuahkan hasil apabila mereka gagal mara ke separuh akhir.

Namun begitu, langkah mereka tidak terhenti di sini. Pasangan ini kini bersiap sedia untuk beraksi di Terbuka Singapura dan bakal memulakan kempen dengan menentang beregu dari Taiwan, Lee Fang Chih dan Lee Fang Jen.

Sementara itu, satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengekalkan kedudukan ketiga dunia, manakala gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun mencatat peningkatan ke tangga ketujuh selepas muncul juara di Masters Malaysia 2025.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved