Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Pasangan Nombor Satu Dunia

27 May 2025 • 2:12 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Sze Fei-Nur Izzuddin Kini Pasangan Nombor Satu Dunia

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) – Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kini bergelar gandingan nombor satu dunia dalam kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini.

Gandingan yang mengumpul 91,090 mata itu memanjat satu anak tangga memintas pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan 90,411 mata selepas beregu Denmark itu gagal mempertahankan kejuaraan di Masters Malaysia minggu lepas.

Kejayaan Sze Fei-Izzuddin itu menjadikan mereka pasangan beregu lelaki Malaysia pertama mencapai ranking nombor satu dunia sejak Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2016 sekali gus menyertai senarai legenda terdahulu termasuk Razif-Jalani, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock.

Januari lepas, Sze Fei-Nur Izzuddin menjuarai Terbuka India namun gagal mengekalkan momentum apabila prestasi mereka dilihat merudum apabila gagal mara ke separuh akhir dalam mana-mana kejohanan selepas itu.

Pasangan itu selepas ini akan beraksi di Terbuka Singapura dan membuka kempen menentang beregu Taiwan, Lee Fang Chih-Lee Fang Jen.

Dalam pada itu, satu lagi beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yil kekal di tangga ketiga dunia manakala Man Wei Chong-Tee Kai Wun melonjak satu anak tangga ke kedudukan ketujuh hasil daripada kejayaan mereka muncul juara Masters Malaysia 2025 Ahad lepas.

Sumber: Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved