Sze Fei-Nur Izzuddin juara Masters Indonesia

25 Jan 2026 • 8:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 25 JAN: Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menamatkan kemarau kejuaraan sejak kali terakhir menjuarai Terbuka India pada Januari tahun lalu apabila merangkul gelaran Masters Indonesia 2026 di Jakarta, hari ini.

Gandingan ranking kesembilan dunia itu menampilkan permainan berkualiti untuk menundukkan pasangan tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit pada aksi final yang berlangsung di Istora Senayan.

Kejayaan itu sekali gus melengkapkan gelaran hatrik buat Malaysia pada kejohanan berkenaan selepas kejayaan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei serta beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah sebentar tadi.

Ia juga merupakan gelaran pertama Sze Fei-Nur Izzuddin pada tahun ini selepas terkandas di pusingan kedua Terbuka Malaysia dan Terbuka India, awal bulan ini.

Selaku juara. Sze Fei-Nur Izzuddin membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah USD39,500 (RM158,217) manakala Raymond-Nikolaus terpaksa berpuas hati dengan USD19,000 (RM76,104).

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved