Tahniah! Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Masters Indonesia 2026, Lengkapkan Hari Gemilang Malaysia

FootballSports
25 Jan 2026 • 7:48 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, melengkapkan hari gemilang Malaysia dengan menjuarai Kejohanan Badminton Indonesia Masters, sebentar tadi.

Dalam aksi final di Istora Senayan, pilihan keempat kejohanan itu menewaskan beregu tuan rumah, Raymond Indra-Nikolaus Joaquin, 21-19, 21-13 dalam tempoh 37 minit.

Biarpun berdepan tekanan daripada ribuan penyokong Indonesia, gandingan yang digelar DinFei itu menampilkan aksi mantap dan konsisten sehingga membawa pulang kemenangan.

Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Masters Indonesia 2026

image is not available
  image is not available “Rasa lega dan gembira kerana usaha kami berbaloi, apatah lagi dapat menyerap tekanan di gelanggang lawan,” kata Goh Sze Fei.

Kemenangan ini merupakan gelaran ketiga Malaysia pada kejohanan Jelajah Dunia Super 500 selepas beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah turut muncul juara.

Sze Fei-Izzuddin juga memastikan gelaran acara beregu lelaki kekal menjadi milik Malaysia, selepas musim lalu dimenangi Man Wei Chong-Tee Kai Wun.

Artikel lain: Tang Jie-Ee Wei Bangkit Juarai Masters Indonesia, Tewaskan Beregu Denmark

Sebagai juara, mereka membawa pulang hadiah wang tunai AS$39,500 (RM158,217) berserta pingat, manakala lawan menerima AS$19,000 (RM76,104).

image is not available

Ini juga merupakan gelaran pertama Sze Fei-Izzuddin dalam tempoh lebih setahun, selepas kali terakhir meraih kejayaan di Terbuka India, Januari tahun lalu.

Sumber: FB ShuttleHard – Badminton Malaysia, Kosmo! Online (Muhammad Helmee Ramli)

The post Tahniah! Sze Fei-Nur Izzuddin Juara Masters Indonesia 2026, Lengkapkan Hari Gemilang Malaysia appeared first on Borak Daily.