Xiaomi Band 8 alami perubahan fizikal radikal, mampu cerap 150 sukan dengan hayat bateri 14 hari

Digital
19 Apr 2023 • 1:58 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Dalam majlis pelancaran Xiaomi 13 Ultra dan Xiaomi Pad 6 yang sama, pengguna juga turut dihidangkan dengan Xiaomi Band 8. Ini adalah gelang tangan penjejak kecergasan generasi baharu yang membawakan pelbagai naik taraf menarik berbanding Xiaomi Band 7 tahun sudah.

image is not available

Daripada segi spesifikasi, Xiaomi Band 8 menampilkan panel paparan AMOLED sebesar 1.6" dalam badan ikonik berbentuk seperti pil. Panel tersebut menawarkan tahap segar semula setingg 60Hz dengan paras kecerahan mencapai 600 nits. Disebabkan ia ada AMOLED, pengguna bolehlah memanfaatkan ciri Always-on-Display untuk memaparkan maklumat-maklumat penting yang berkaitan.

image is not available

Pemakai yang ingin menyelam, anda perlu tahu yang Xiaomi Band 8 kalis air pada kedalaman sehingga 50 meter.

image is not available

Tidak seperti Band 7 yang lalu, Band 8 membawakan perubahan fizikal yang besar. Tali jam tangan Band 8 kini menggunakan rod besi berbanding perumah getah pada gelang tangan generasi terdahulu. Selain dipakai di tangan, ada juga aksesori tambahan yang boleh memegang Band 8 selain tali jam. Dua contohh yang ditunjukan adalah sebagai rantai leher dan tali kalus pintar.

image is not available

Apbila aktif, gelang tangan kecergasan ini berupaya untuk menjejak lebih 150 jenis sukan. Antara matriks yang boleh diukur menggunakan Xiaomi Band 8 adalah seperti tahap stress, VO2 Max

image is not available

Bateri yang terkandung dalam seunit Xiaomi Band 8 boleh membawa jam tangan ini untuk 14 hari lamanya. Ia dicas menggunakan kabel pengeacs yang diediakan di dalam kotak. Antara yang menarik tentang Band 8 adalah ia ada permainan digital terbina iiatu Suduko dan juga 2048 bagi engisi waktu lapang di pemakai.

image is not available

Xiaomi Band 8 dijual di China pada harga seperti berikut:

  • CNY2 239 – RM154 (standard)
  • CNY 279 -RM179 (NFC)

Bacaan berkaitan