Tablet Honor Pad 20 Disahkan Bakal Memasuki Malaysia Tidak Lama Lagi

LocalTechnology
10 Aug 2026 • 3:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tablet Honor Pad 20 Disahkan Bakal Memasuki Malaysia Tidak Lama Lagi

Honor telah mengesahkan bahawa tablet Pad 20 bakal dilancarkan di Malaysia, namun tarikh rasmi pelancaran masih belum diumumkan. Model ini merupakan kesinambungan kepada HONOR Pad 10 dengan penekanan pada paparan berkualiti tinggi, ciri produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI), bateri berkapasiti besar, serta sistem audio yang ditambah baik.

Sasaran pasaran utama bagi tablet ini ialah pelajar dan golongan profesional muda. Meskipun begitu, tiada spesifikasi rasmi didedahkan untuk pasaran tempatan setakat ini. Sebagai rujukan, pelancaran di China memperlihatkan tablet ini hadir dengan paparan IPS LCD 12.1” beresolusi 3000 × 1872, kadar segar semula 120Hz serta kecerahan 700 nits. Ia dikuasai oleh cip Snapdragon 7 Gen 3 bersama memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman 256GB.

Image from: Tablet Honor Pad 20 Disahkan Bakal Memasuki Malaysia Tidak Lama Lagi

Tablet ini turut menyediakan bateri  besar10,100mAh dengan sokongan pengecasan 66W, di samping menjalankan Android 16 melalui antara muka MagicOS 10. Dari segi kamera, ia dilengkapi lensa 8MP di bahagian hadapan dan belakang selain turut menyokong Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3, sistem enam pembesar suara dan mikrofon stereo.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved