Tablet Samsung turun harga dengan VIU percuma 365 hari, hadiah terbaik untuk Hari Bapa

Digital
13 Jun 2023 • 6:46 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tablet Samsung adalah antara tablet Android terbaik anda boleh dapat di Malaysia. Kini ia menjadi lebih berbaloi untuk dibeli kerana Samsung Malaysia mengumumkan penurunan harga dan Viu percuma. Pastinya dapat dijadikan hadiah yang sangat bermakna untuk Hari Bapa.

Menurut Samsung Malaysia, promosi ini berjalan sepanjang bulan Jun 2023. Khas untuk siri Galaxy Tab S, pembeli dalam tempoh promosi ini akan menerima langganan Viu percuma selama setahun, bernilai RM99.90.

image is not available

Berikut adalah senarai harga terkini untuk tablet Samsung:

  • Galaxy Tab S8 Ultra 5G (12GB+256GB) – RM5,399
  • Galaxy Tab S8 Ultra dengan KBD (12GB+256GB) – RM5,099
  • Galaxy Tab S8 Plus 5G (8GB+256GB) – RM4,299
  • Galaxy Tab S8 Plus dengan KBD (8GB+256GB) – RM3,999
  • Galaxy Tab S8 5G (8GB+128GB) – RM3,299
  • Galaxy Tab S8 dengan KBD (8GB+128GB) – RM2,999
  • Galaxy Tab S7 FE (6GB+128GB) – RM2,099
  • Galaxy Tab S7 FE (4GB+64GB) – RM1,799
  • Galaxy Tab S6 Lite LTE (4GB+64GB) – RM1,599
  • Galaxy Tab S6 Lite (4GB+64GB) – RM1,299
  • Galaxy Tab A7 Lite LTE (3GB+32GB) – RM599
  • Galaxy Tab A7 Lite (4GB+64GB) – RM599

Tarikan utama Galaxy Tab S adalah kehadiran S-Pen. Semua model termasuk dari Tab S8 Ultra sehingga Tab S6 Lite, datang bersama S-Pen. Ini memberi ruang untuk penghasilan lebih kreatif, atau membuat catatan seperti menggunakan pensel dengan mudah.

Selain itu, pengguna yang mencari tablet yang murah dan mudah digunakan, boleh mendapatkan Galaxy Tab A7 Lite. Ia datang dengan pilihan WiFi sahaja atau LTE pada tanda harga yang sama. Yang berbeza dari segi RAM dan storan.

Untuk maklumat lanjut tentang semua tablet ini, layari laman Samsung Galaxy Tab.

Bacaan Berkaitan