Acara pelancaran hari ini memperlihatkan pengenalan peranti baharu Vivo Y36 5G untuk pasaran tempatan. Dijual pada harga RM1099 sebuah, ia boleh didapati bermula hari ini menerusi kedai atas talian atau pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia. Menariknya lagi apabila setiap pembelian didatangkan dengan hadiah menarik bernilai RM298 (berupa fon telinga nirwayar & jaminan tambahan selama setahun).


Untuk spesifikasi, Vivo Y36 5G dilengkapi dengan skrin 6.64-inci LCD FHD+ tanpa kebolehan kadar segar semula tinggi. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 6020, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB yang digunakan sebagai tunjang utama peranti.


Tetapan kamera utama terdiri dengan 50MP (utama) + 2MP (bokeh), manakala kamera swafoto pula sebesar 16MP. Dalam pada itu, peranti turut dimuatkan bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 44W secara berwayar.
