Ulasan Realme C53 – Ada Unisoc Dan Android Stok

TechnologyDigital
13 Jun 2023 • 2:53 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Realme C53 dilancarkan di Malaysia hari ini dengan ia sebuah lagi peranti mampu milik yang menyasarkan pengguna yang tidak mahu berbelanja lebih. Peranti dalam kategori ini tidak begitu diberikan perhatian oleh majoriti pengguna kerana harga mula secara lazimnya menawarkan prestasi yang kurang memuaskan.

image is not available

Tetapi dalam kes C53 adakah ini benar ataupun dengan bantuan perisian yang baik kekurangan yang biasanya wujud pada peranti amat mampu milik boleh diselesaikan? Ini ialah pantas untuk Realme C53.

SPESIFIKASI

Realme C53
Skrin6.74″ IPS LCD,
1080 x 2400 , 90Hz
PemprosesUnisoc Tiger T612 (12nm)
Cip2 X 1.8 GHz Cortex-A75
6 X 1.8 GHz Cortex-A55
Cip GrafikMali-G57
RAM6+6 GB LPDDR4X
Muatan Dalaman128 GB UFS 2.2
Mikro SD sehingga 2TB
Kamera Utama50MP, f/1.8 (Sudut Lebar)
?MP (AI)
Kamera Swafoto8 MP f/2.0
Bateri5000 mAh
Pengecasan berwayar 33W
SIM/TelefoniDwi SIM nano / 4G
NFCTiada
Bicu AudioYa
Kalis AirTiada
Sistem ImbasanPengimbas jari sisi sisi
Harga Jualan
RM 599 (6/12GB)

SKRIN

Skrin 6.74″ FHD+ ialah dari keluarga IPS LCD tetapi menyokong kadar segar semula 90Hz. Skrin boleh diubah ke tetapan dinamik 90Hz, ataupun 60Hz. Tatalan serta animasi pada skrin adalah kurang lancar walaupun terdapat mod 90Hz. Kami sedari jika semakin banyak aplikasi diletakkan di latar belakang, animasi peranti menjadi semakin kurang stabil. Jelas bahawa C53 tidak mempunyai kuasa yang mencukupi untuk mengekalkan kadar segar semula yang stabil.

image is not available

Dari segi rekaan skrin pula adalah amat retro. Terdapat takuk untuk kamera di bahagian atas, bezel dagu dan sisi yang agak tebal. Keputusan yang agak aneh memandangkan Realme C55 sebelum ini menggunakan rekaan lubang skrin untuk kamera. Skrin masih lagi dari jenis rata maka kandungan video yang ditonton tidak menghadapi isu ia terkeluar ke sisi

Kerana skrin adalah dari jenis IPS LCD, penghasilan semula warna dan keterangan maksimum skrin tidak begitu tinggi. Apabila digunakan di luar, kandungan menjadi sedikit sukar untuk dilihat. Ini semuanya adalah isu standard untuk skrin LCD. Pengimbas cap jari terbina juga tiada dengan ia diletakkan pada butang kuasa di sisi kanan.

PENGIMBAS CAP JARI

Pengimbas cap jari diletakkan pada sisi kanan terbina pada butang kuasa. Tiada alur pada butang kuasa untuk memudahkan jari yang diimbas mencari zon imbasan. Prestasi pengimbas cap jari adalah kurang konsisten. Kadang kala ia beroperasi dengan pantas dan kadang kala ia mengatakan jari tidak dapat dikesan. Perkara seperti ini kerap kali terjadi pada peranti kelas permulaan yang kami ulas.

image is not available

REKAAN

Jenaka di pejabat ialah C53 ialah sepupu kepada iPhone 14 Pro. Dari belakang tidak boleh dinafikan rekaan susunan kamera C53 mempunyai persamaan dengan 14 Pro. Bezanya ialah dari segi bahan binaan yang lebih ekonomik. Keseluruhan panel belakang diperbuat daripada bahan plastik dengan kemasan seakan alur kayu yang licin. Namun kami sedari ia tidak mudah memerangkap kotoran.

Nampak seperti terdapat tri-kamera tetapi sebenar hanya terdapat dua sensor digunakan. Satu sensor 50MP sudut lebar, satu sensor AI dan sebuah lagi adalah lampu flash. Bonggol kamera adalah besar tetapi tidak tinggi. Apabila diletakkan di atas meja, ia tidak terjungkit.

image is not available

Tubuh mempunyai sisi yang rata yang mengingatkan kami kepada rekaan Nord CE 3Lite. Peranti sangat selesa dipegang kerana rekaan tubuh rata ini. Terdapat butang kuasa dan laras audio pada sisi kanan. Butang-butang ini tegap serta sedap ditekan apabila digunakan. Pada sisi kiri terdapat talam untuk dwi-SIM nano dan sebuah kad mikro SD sehingga 2TB.

image is not available

Sebuah speaker mono, port pengecas USB-C dan bicu audio 3.5mm pula diletakkan pada bahagian bawah. Tiada pemancar infra merah pada bahagian atas. Kerangka peranti adalah diperbuat daripada bahan logam yang kukuh. Apabila tekanan diberikan peranti tidak membengkok. Berita baik bagi mereka yang takut terduduk di atas peranti secara tidak sengaja.

image is not available

Peranti ini juga terasa ringan di dalam tangan tetapi tidak terasa murahan. Kesemua komponen yang kami katakan tadi dimasukkan ke dalam tubuh peranti yang tidak melepasi sebarang piawaian kalis air. Ini tidaklah mengejutkan kerana setakat ini tidak akan peranti dengan kemampuan IP53 apatah lagi IP68 pada harga bawah RM700.

image is not available

PENGGUNAAN Dan PERISIAN

Sistem operasi Reame UI T Edition digunakan dengan ia berasaskan Android 13. C53 ialah peranti pertama kami gunakan dengan sistem operasi baharu ini. Ia berbeza dengan Realme UI biasa kerana lebih mirip Android stok sehingga mengingatkan kami kepada peranti Pixel 4a dan Nokia. Rekaan antaramuka adalah minimalis dan menggunakan warna rata. Dengan antaramuka hampir stok, Realme UI T Edition sepatutnya lebih ringan untuk dijalankan.

Kita mulakan dengan positif terlebih dahulu. Realme UI T Edition nampak sangat kemas kerana tiada elemen tambahan yang tidak perlu. Animasi apabila lancar sedap dipandang. Ikonografi besar pada talam notifikasi memudahkan pintasan untuk WiFi, Bluetooth, lampu suluh dan banyak lagi ditekan dengan mudah tanpa perlu mengenyit mata. Ia antaramuka yang mesra insan rabun dekat atau warga emas.

image is not available

Terdapat ciri tambahan seperti RAM Expansion yang menambah sehingga 6GB RAM lagi secara maya. Terdapat pilihan 2GB, 4GB, 6GB dan mematikannya terus. Sepanjang ulasan kami gunakan 4GB untuk memori keseluruhan 10GB.

Terdapat aplikasi Phone Manager yang boleh membantu melancarkan peranti. Memori boleh dikosongkan dan fail yang tidak diperlukan dipadam terus supaya tidak menyemakkan storan. Seperti C55, C53 juga mempunyai ciri Mini Capsule. Ini ialah jawapan Realme untuk Dynamic Island pada sebuah iPhone 14 Pro. Mini Capsule hanya memaparkan status pengecasan, jumlah tapak perjalanan dan penggunaan data sahaja pada waktu ini.

image is not available

Semua aplikasi utama yang kami ingin gunakan boleh dimuat turun termasuklah Netflix, Disney+ Hotstar, COD Mobile dan TikTok. Cip Unisoc Tiger T612 mungkin tidak begitu ternama tetapi berita baik tiada halangan untuk memuat turun aplikasi seperti sesetengah cip MediaTek Dimensity.

Sudah kami tulis mengenai kebaikan. Kini tiba untuk menyentuh kekurangan pula. Peranti tidak lancar digunakan tidak kira apa jenis aplikasi kami gunakan. Buka Chrome? Aplikasi dibuka lambat dan tatalan tidak lancar. YouTube? Kadang kala video yang ditonton terhenti seketika apabila notifikasi diterima. Video boleh dimainkan sehingga 1080P tetapi terasa seperti tidak pada kadar 60FPS. Isu dapat diselesaikan jika kualiti diturunkan ke 720P. Netflix pula tidak membenarkan penstriman HD apatah lagi HDR.

image is not available

Ciri-ciri Realme UI seperti Flexible Windows, Kids Space, Smart Sidebar, Quick Launch, dan Simple Mode semuanya tiada pada C53. Peranti menjadi sebuah peranti yang agak asas kerana sekadar mempunyai ciri yang ditawarkan oleh Android stok sahaja.

PENANDA ARAS

Pengalaman penggunaan yang tidak selancar mentega di atas meja abang burger tepi jalan ini berlalu kerana Unisoc Tiger T612 adalah tidak berkuasa. Ia hanya dilengkapi 2x teras Cortex A75 dan 6x teras Cortex A55 dengan ia dihasilkan menerusi teknologi 12nm yang sudah berusia. Apabila markah aplikasi penanda aras Geekbench 6, Antutu 3D dan 3D Mark digunakan, markah yang dicatatkan adalah seperti di bawah.

Kami bandingkan markah Realme C53 dengan Realme C55 (Mediatek Helio G88), Redmi 12C (Mediatek Helio G85 ), dan Infinix Note 12 2023 (Mediatek Helio G99)

Geekbench 6

  • Realme C53 – 408/1421
  • Realme C55 – 420/1377
  • Redmi 12C – 403/1212
  • Infinix Note 12 2023 – 577/1833

AnTuTu 3D

  • Realme C53 – 253,978
  • Realme C55 – 251,263
  • Redmi 12C – 212,386
  • Infinix Note 12 2023 – 377,936

3DMark

  • Realme C53 – 108
  • Realme C55 – 745
  • Redmi 12C – 188
  • Infinix Note 12 2023 – Tiada

image is not available

Adakah Unisoc Tiger T612 cip yang boleh digunakan untuk permua? Jawapannya ialah tidak. Kami mulakan ujian dengan aplikasi ringan Candy Crush terlebih dahulu dan prestasi adalah memuaskan. Kemudian kamu cuba pula dengan Temple Run 2 dan Subway Surfer yang boleh dijalankan tetapi pada tetapan grafik rendah. Permainan akan terhenti seketika apabila notifikasi diterima.

Kemudian kami beranikan diri memasang COD Mobile. Aplikasi boleh dijalankan tetapi masa yang diambil untuk melancarkannya adalah agak lama kerana penggunaan memori UFS 2.2 yang tidak begitu pantas. COD Mobile juga hanya boleh dimainkan pada tetapan paling rendah membuatkan grafik tidak secantik yang boleh dinikmati pada peranti kelas pertengahan. Tiada kesan asap, tiada bayang-bayang, tekstur kualiti rendah dan resolusi juga rendah.

image is not available

Tetapi COD Mobile boleh dimainkan dengan agak lancar. Mengejutkan sebenarnya kerana dalam mod 10 vs 10 kadar bingkai hanya tersekat sekiranya terdapat banyak letupan. Perkara yang sama juga berlaku apabila menjalankan Asphalt 9. Grafik masih nampak cantik cuma tidak pada kadar bingkai tertinggi.

C53 boleh digunakan untuk permua asalkan pemilik memilih tetapan rendah. Pada skrin yang kecil kami rasakan perbezaan resolusi dan tekstur tinggi tidaklah begitu jelas. Namun untuk kenikmatan lebih tinggi, kami hanya sarankan permua 2D sahaja dimainkan pada C53.

TELEFONI Dan GPS

Rangkaian 5G boleh dinikmati bersama dengan ciri VoLTE dan VoWiFi syarikat telekomunikasi anda menyokongnya. Panggilan suara yang terang boleh dilakukan tanpa isu kerap terputus-putus. Prestasi GPS juga adalah baik kerana lokasi dapat dijejak dalam aplikasi Waze dan Google Maps dilakukan dalam masa beberapa saat sahaja. Dua SIM 5G boleh disokong secara serentak asalkan kad mikro SD tidak mengambil slot SIM kedua.

KAMERA

Sistem kamera yang digunakan adalah agak unik kerana menggabungkan sensor 50MP sudut lebar dan sebuah lagi sensor AI. Di hadapan pula sensor 8MP digunakan dengan ia diletakkan dalam sebuah takuk. Tiada sebarang sistem OIS disertakan dengan semua penstabilan imek dilakukan secara elektronik.

Aplikasi kamera mempunyai pelbagai ciri seperti potret, landskap, malam dan 50MP. Pilihan mod adalah terhad jika dibandingkan dengan peranti Realme yang lain. Kami sedari masa diambil untuk memfokus dan menangkap gambar adalah perlahan. Seperti ada sela masa satu saat untuk setiap aksi yang dilakukan dalam aplikasi. Kamera juga tidak mempunyai sokongan ultra sudut lebar yang kini sudah menjadi keperuan.

image is not available

Kualiti gambar hanya sekadar sederhana dalam situasi pencahayaan yang baik dan mengecewakan dalam situasi tidak ideal. Dalam keadaan cuaca terang di tengah hari gambar yang diambil masih nampak gelap. Dalam bangunan pula semuanya nampak kelam seperti kekurangan lampu. Mod boleh nampak agak palsu. Penghasilan warna pula agak kusam tidak mencerminkan situasi sebenar.

Gambar juga nampak lembut kerana apabila proses mengambil gambar perlahan dan tiadanya OIS, imej yang tajam mustahil untuk diambil. Tetapi kami perlu adil kerana C53 ialah sebuah peranti yang dijual pada harga RM600 maka kesemua kekurangan ini tidak dapat dielakkan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

BATERI

Hayat bateri 5000 mAh yang disertakan adalah baik dengan purata SOT 9-10 jam sehari pada penggunaan yang sederhana. Hayat terbaik kami capai sepanjang tempoh ulasan ialah sekitar 21 jam. Ini hanyalah pada penggunaan yang agak ringan. Apabila kehabisan bateri, ia boleh dicas semula dalam masa sekitar 70 minit menggunakan pengecas 33W yang dibekalkan. Pengecas menggunakan kepada USB-C.

AUDIO

Speaker sekadar mono di bahagian bawah dan terdapat juga bicu audio 3.5mm. Kualiti audio yang dikeluarkan oleh speaker ini adalah tidak menakjubkan. Walaupun lantang ia terasa kosong. Pada tetapan paling tinggi bunyi menjadi sedikit pecah sehingga sukar membezakan instrumen pada muzik yang dimainkan.

image is not available


PESAING

Realme C53Redmi 12CRealme C55
6.74″ IPS LCD, 90Hz
FHD+
6.71″ IPS LCD, 60Hz
HD+
6.72″ IPS LCD, 90Hz
FHD+
Unisoc Tiger T612 (12nm)
2 X 1.8 GHz Cortex-A75
6 X 1.8 GHz Cortex-A55
Helio G85 (12nm)
2 X 2.0 GHz Cortex A75
6 X 1.8 GHz Cortex A55
Helio G88 (12nm)
2 X 2.0 GHz Cortex-A75
6 X 1.8 GHz Cortex-A55
Mali-G57Mali-G52 MC2Mali-G52 MC2
6 GB LPDDR4X4/6GB LPDDR4X6/8 GB LPDDR4X
128 GB UFS 2.2
Mikro SD 2TB
128 GB eMMC 5.1
Mikro SD 1TB
128/256 GB UFS
Mikro SD 1TB
Kamera Utama
50MP,f/1.8 (Sudut Lebar)
?MP, (Sensor AI)
FHD 30p
Kamera Utama
50MP f/1.8, (Sudut Lebar)
0.08MP f/2.2 (Makro)
FHD 30p
Kamera Utama
64MP, (Sudut Lebar)
2MP, (Sensor Kedalaman)
FHD 60p
Kamera Hadapan
8MP f/2.0
Kamera Hadapan
5MP f/2.2
Kamera Hadapan
8MP
Tidak kalis airTidak kalis airTidak kalis air
Bicu audio 3.5mmBicu audio 3.5mmBicu audio 3.5mm
Audio MonoAudio MonoAudio Mono
5000 mAh (Berwayar 33W)5000 mAh (Berwayar 10W)5000 mAh (Berwayar 33W)
RM 599 (6/128GB)RM 599 (4/128GB)
RM 699 (6/128GB)
RM 699 (6/128GB)
RM 799 (8/256GB)

DALAM KOTAK

Berikut ialah apa yang diterima dalam kotak dengan pembelian.

  • 1x Realme C53
  • 1x Pengecas 33W.
  • 1x Kerangka silikon.
  • 1x Kabel pengecas USB-A ke USB-C.
  • 1x Manual.
  • 1x Pin SIM.

image is not available

KESIMPULAN

Realme C53 dengan Unisoc Tiger T612 bukanlah sebuah peranti yang berkuasa. Cip ini jarang sekali digunakan dan markah penanda aras mengesahkannya. Tetapi C53 menggunakan Realme UI T Edition yang hampir stok. Ini membantu mengurangkan keperluan kuasa memproses yang lebih tinggi. Namun begitu kekurangan masih ketara lebih-lebih lagi bagi mereka yang pernah menggunakan peranti lebih berkuasa. Walaupun skrin 90Hz, animasi tatalan pada skrin nampak lebih mirio 60Hz. Tidak nampak lancar dengan animasi tersekat-sekat.

image is not available

Pelbagai aplikasi boleh dipasang dan digunakan tetapi tempoh masa untuk melancarkannya terasa perlahan. Sebagai contoh untuk menangkap gambar terdapat tempoh menanti sekitar sesaat. Mengubah mod? Satu saat lagi perlu menunggu. Jika anda menonton video pada tetapan 1080P, video akan terhenti seketika jika notifikasi diterima. Tetapi aneh sekali C53 masih boleh memainkan permua seperti COD Mobile dan Asphalt 9 dengan agak lancar pada tetapan rendah.

Pada harga RM599 sebuah, ia adalah peranti yang berada dalam kelas yang sama dengan Realme C55 dan Redmi 12C. Pada hebat kami Realme C55 adalah pilihan lebih baik dari segi nilai. Jika tiada pilihan lain kami boleh sarankan C53 sebagai telefon pertama untuk anak misalnya. Ia jauh lebih baik berbanding Redmi 12C yang masih kekal peranti paling teruk 2023.

Pro

  • Rekaan kemas tidak nampak seperti peranti murahan.
  • Panel belakang tidak mudah kotor.
  • Bateri tahan lama dengan pengecasan 33W pantas.
  • Ada bicu audio.
  • Android 13 dengan pelancar hampir Android stok.

Kontra

  • Pengalaman penggunaan tidak begitu lancar.
  • Pengimbas cap jari tidak konsisten.
  • Mini Capsule masih sekadar gimik.

image is not available