Tahanan Rumah Bertangguh, Peguam Najib Dakwa AGC Ubah Pendirian Saat Akhir

LocalPolitics
10 Nov 2026 • 2:19 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Peguam kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa Jabatan Peguam Negara (AGC) mengubah pendirian pada saat akhir berhubung pelaksanaan tahanan rumah anak guamnya.

Dakwaan itu dibuat susulan kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar yang membangkitkan isu kecacatan pada Perintah Pelepasan (Order of Discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Advertisement

Peguam Najib Razak

Menurut peguam Najib, Muhammad Farhan Shafee, AGC sebelum ini membangkitkan dua kemungkinan tafsiran mengenai kesan pembayaran denda RM50 juta terhadap baki hukuman penjara Najib dalam kes SRC International.

Peguam Najib, Muhammad Farhan

Bagaimanapun, Muhammad Farhan menjelaskan bahawa isu tafsiran undang-undang dan dakwaan kecacatan dokumen mahkamah merupakan dua perkara berbeza yang memerlukan penyelesaian berasingan.

Sukar bagi kami memberikan jawapan tepat apabila pihak yang membuat kenyataan-kenyataan ini terus mengubah tiang gol dan pendiriannya.

Farhan turut menegaskan bahawa Perintah Pelepasan berkenaan sudah merekodkan pembayaran denda RM50 juta, selain menetapkan baki hukuman Najib perlu dijalani secara tahanan rumah mengikut pengampunan bersyarat.

Tiada apa-apa dalam perintah itu yang memerlukan tafsiran.

Kenyataan Peguam Negara

Sementara itu, pada 9 November lalu, Mohd Dusuki menyifatkan kecacatan pada dokumen mahkamah berkenaan sebagai ‘ketara’, khususnya membabitkan penggunaan istilah dan peruntukan undang-undang.

Menurut beliau, penelitian lanjut perlu dilakukan bagi memastikan Jabatan Penjara mempunyai kuasa yang jelas untuk melaksanakan tahanan rumah terhadap Najib.

Najib Razak

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan Perintah Pelepasan pada 6 November selepas denda RM50 juta dalam kes SRC International dijelaskan menerusi dana solidariti yang dilancarkan UMNO.

Kenyataan Istana Negara

Pada tarikh sama, AGC mengumumkan penangguhan sementara pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi mendapatkan penjelasan lanjut mengenai tafsiran pengampunan bersyarat serta kesan Perintah Pelepasan tersebut.

Menurut AGC, langkah itu bertujuan memastikan titah diraja dan perintah mahkamah dilaksanakan selaras dengan kedudukan undang-undang.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan pada 7 November, Istana Negara memaklumkan bahawa semua syarat pengampunan bersyarat telah dipenuhi dan perintah berkenaan adalah jelas serta tidak berkaitan dengan kes lain yang dihadapi Najib.

Istana Negara turut menegaskan bahawa sebarang hujah yang mempertikaikan perintah tersebut menjurus kepada tindakan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong.

Image from: Tahanan Rumah Bertangguh, Peguam Najib Dakwa AGC Ubah Pendirian Saat Akhir2026-11-10 11:45:25

Isu Tahanan Rumah Najib: Istilah 'Pelepasan' Perlu Penjelasan Mahkamah - KDN

The post Tahanan Rumah Bertangguh, Peguam Najib Dakwa AGC Ubah Pendirian Saat Akhir first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved