Tahanan rumah Najib: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah - AGC

LocalPolitics
24 Nov 2026 • 1:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tahanan rumah Najib: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah - AGC
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelihatan ceria selepas Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan beliau menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd secara tahanan rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta 10 November lalu.
Image from: Tahanan rumah Najib: Keputusan Agong tidak boleh dicabar di mahkamah - AGC
AGC telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar perintah tahanan di rumah itu.

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) berpendirian bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong berhubung perintah tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah.

AGC dalam kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya telah membangkitkan bantahan terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar perintah tahanan di rumah itu.

**media[3720743]**

Bantahan itu dibangkitkan ketika pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman pada 12 November lepas atas alasan keputusan dititahkan Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan tidak boleh dicabar di mahkamah.

AGC memaklumkan hujahan kedua-dua pihak berhubung permohonan itu akan didengar pada 17 Mac 2027.

"Hujahan pihak-pihak akan didengar pada 17 Mac 2027. Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara akan terus mempertahankan institusi diraja dan menjunjung Perlembagaan Persekutuan dalam setiap tindakan yang diambil," menurut kenyataan itu.

Badan Peguam Malaysia sebelum ini memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah tahanan di rumah terhadap Najib yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali Ke-64.

Pada 10 November lepas, Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Najib menjalani baki hukuman penjara dalam kes SRC International Sdn Bhd menerusi tahanan di rumah di kediamannya di Langgak Duta, berkuat kuasa serta-merta.

Pada 6 November lepas, Najib selesai menjelaskan denda RM50 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana SRC International.

Pembayaran itu merupakan antara syarat pengampunan bersyarat diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 18 September lepas yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan di rumah hingga 23 Ogos 2028. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved