Azizulhasni raih emas Piala Dunia Trek UCI 2026

25 Apr 2026 • 9:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azizulhasni muncul juara acara keirin Piala Dunia Trek UCI 2026. Foto Bernama

JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuktikan beliau masih berada dalam kelas tersendiri apabila merangkul gelaran juara acara keirin pada saingan Piala Dunia Trek UCI 2026 di Velodrom Nasional di sini pada Sabtu.

Pelumba yang mendapat jolokan 'The Pocket Rocketman' itu mempamerkan kayuhan bertenaga untuk mengenepikan pencabar utamanya yang juga juara dunia dari Belanda, Harrie Lavreysen dalam aksi final yang cukup mendebarkan.

Kejayaan tersebut menyaksikan Lavreysen sekadar berpuas hati di tempat kedua, manakala pelumba dari Trinidad & Tobago, Nicholas Paul menamatkan perlumbaan di kedudukan ketiga.

Kemenangan di Nilai ini juga cukup istimewa buat Azizulhasni kerana ia dijangka menjadi penampilan antarabangsa terakhirnya di tanah air.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved