Tahniah Eain Yow, Sivasangari cipta sejarah ke Olimpik Los Angeles 2028 – PM

27 Sep 2026 • 6:49 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tahniah Eain Yow, Sivasangari cipta sejarah ke Olimpik Los Angeles 2028 – PM

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Ng Eain Yow dan S. Sivasangari selepas kedua-dua pemain skuasy negara berjaya mempertahankan pingat emas perseorangan lelaki dan wanita pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Anwar berkata, kejayaan itu mengulangi pencapaian yang dilakar kedua-dua atlet berkenaan pada Sukan Asia Hangzhou empat tahun lalu.

“Empat tahun lalu di Hangzhou, emas menjadi milik mereka. Hari ini, kedua-duanya mengulangi kejayaan yang sama.

“Sekali gus mencipta sejarah apabila mengesahkan tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028, yang bakal menyaksikan penampilan sulung sukan skuasy di pentas Olimpik,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial hari ini.

Menurut beliau, kejayaan Eain Yow dan Sivasangari menyumbang dua lagi pingat emas buat kontinjen negara selain menjadi detik membanggakan buat Malaysia.

“Dua emas, satu lagi detik membanggakan buat Malaysia. Syabas Eain Yow dan Sivasangari!” katanya.- KOSMO! ONLINE

The post Tahniah Eain Yow, Sivasangari cipta sejarah ke Olimpik Los Angeles 2028 – PM appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved