Tahniah! Erra Fazira bakal kembali bergelar isteri, nikahi Mr E 12 Disember ini

EntertainmentLifestyle
2 Dec 2025 • 5:13 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Aktres, penyanyi dan hos terkenal, Erra Fazira, 51, akhirnya menamatkan spekulasi mengenai majlis pernikahannya dengan usahawan yang dikenali sebagai Mr E, 44, apabila mengumumkan mereka bakal mendirikan rumah tangga pada 12 Disember 2025.

Majlis akad nikah akan berlangsung di Shah Alam, Selangor, manakala majlis resepsi dijadualkan pada 13 Disember.

image is not available

Erra Fazira bakal kembali bergelar isteri

Perkongsian penuh gembira itu dibuat Erra ketika pelancaran video muzik Cinta Abadi, yang turut menjadi lagu tema perkahwinan mereka.

image is not available

“Ya, Insya-Allah kami akan menikah pada 12 Disember ini.
“Doakan agar ini menjadi pernikahan yang berkah buat kami berdua,” ujar Erra.

image is not available

Pernikahan bersama Mr E ini bakal menjadi perkahwinan ketiga buat primadona filem Melayu itu selepas bergelar ibu tunggal selama 10 tahun.

Artikel lain: Erra Fazira mengaku tinjau dewan kahwin, teruja ada pihak nak taja majlis

Terdahulu, rumah tangga yang dibina bersama Datuk Yusry Abdul Halim dan Engku Emran berakhir dengan perpisahan.

Erra turut mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya, bersama Emran yang dinikahinya pada 2007 sebelum berpisah pada 2014.

Sumber: Gempak (Maliah Surip)