Tahniah! Fattah Amin dilantik jadi duta raya jenama pakaian terkenal

LocalEntertainment
10 Jan 2025 • 2:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Fattah Amin dilantik jadi duta

Pelakon terkenal, Fattah Amin dilantik jadi duta raya untuk jenama pakaian terkenal, Jakel, sehingga menjadi bualan hangat ramai, baru-baru ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Jakel di laman TikToknya, dapat dilihat Fattah Amin atau nama lengkapnya Abdul Fattah Mohd Amin menandatangani sebuah perjanjian bersama pihak jenama berkenaan.

Fattah Amin dilantik jadi duta

@jakel.os

Bismillah, memperkenalkan FATTAH AMIN sebagai wajah atau duta rasmi JAKEL RAYA 2025 Ye, kekakak sekarang mesti tengah senyum sorang sorang kan bila tengok video yang min post ni Jejaka Idaman Malaya Maka tahun ini kekakak semua dah tahu nak pakai baju melayu dari mana kan? Ada ratusan warna semestinya dari Jakel untuk semua Ingat baju melayu letops ingat Jakel Ingat Raya Ingat Jakel Ingat Fattah Amin Ingat Jakel JAKEL BARULAH RAYA #IngatRayaIngatJakel #JakelTextile #JakelxFattahAmin

♬ original sound - Haziq Rosebi - Haziq Rosebi

“Bismillah, memperkenalkan Fattah Amin sebagai wajah atau duta rasmi Jakel Raya 2025

“Kakak-kakak sekarang mesti tengah senyum sorang-sorang kan bila tengok video yang min post ni, jejaka idaman Malaya

“Maka tahun ini kakak-kakak semua dah tahu nak pakai baju melayu dari mana kan? Ada ratusan warna semestinya dari Jakel untuk semua,” ujar jenama itu.

Fattah Amin dilantik jadi duta

image is not available

image is not available

Peminat luah rasa teruja

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja apabila bekas suami kepada aktres Nur Fazura dilantik menjadi wajah baharu buat jenama tersebut.

image is not available image is not available

Tak sabar nak beli baju raya

Bukan itu sahaja, ramai yang tidak sabar untuk menyokong dan membeli barangan keperluan hari perayaan di gedung pakaian tekstil tersebut.

image is not availableimage is not available

Terdahulu, Fattah Amin mendapat perhatian warganet selepas disahkan bercerai dengan Nur Fazura pada 7 Oktober tahun lalu selepas lebih tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Sumber: TikTok @Jakel