Tahniah! Noh Salleh, isteri bakal timang anak perempuan

Family & Parenting
17 Aug 2025 • 1:04 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi yang juga vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh membuat kejutan apabila mengumumkan bakal timang anak perempuan tidak lama lagi.

Lebih manis, Noh dalam satu majlis yang difahamkan berlangsung semalam turut mendedahkan jantina bayi hasil perkongsian hidup dengan isteri, Fatin Athirah Mustapa iaitu perempuan.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Noh Salleh, isteri bakal timang anak perempuan

Pengumuman itu dibuat dengan percikan berwarna merah jambu pada majlis tersebut sekali gus memberi bayangan jelas mengenai jantina bayi berkenaan.

Menurut Noh, dia berasa lega apabila akhirnya berpeluang berkongsi berita tersebut dengan keluarga dan rakan terdekat.

“Lama juga simpan. Insya-Allah semua berjalan lancar dibawah restu dan lindungan Allah SWT, serta orang tua kami sampai hari melahirkan.

image is not available

“Pendedahan jantina ini tunggu ketika lahir pun okey, tak perlu gimik tetapi kami kami rindukan kemeriahan kasih sayang kalian.
“Biar bayi dalam perut ada mukadimah dan dengar betapa ‘riotnya’ kita di luar ini. Tak sabar nak kenalkan dia kepada insan-insan penyayang yang mengelilingi orang tuanya,” ujarnya.

image is not available

Bagaimanapun, Noh dan Athirah tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungan tersebut.

Untuk rekod, Noh dan Athirah mendirikan rumah tangga pada 23 September 2023. Pada 22 September tahun lalu, Noh pernah berkongsi khabar duka apabila anak pertama yang dikandung isterinya meninggal dunia sekitar Februari tahun sama.

image is not available

Sebelum ini, Noh pernah berkahwin dengan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina pada 2 Julai 2011 namun bercerai Ogos tahun lalu. Mereka mempunyai seorang anak angkat bernama Musa.

Sumber: IG Noh Salleh