(VIDEO) Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Bayi Perempuan, Kongsi Detik Manis Gender Reveal

EntertainmentFamily & Parenting
17 Aug 2025 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi terkenal Noh Salleh dan isterinya, Fatin Athira Mustapa, dikhabarkan bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Berita gembira itu dikongsikan oleh rakan terdekat mereka yang memuat naik suasana majlis gender reveal pasangan tersebut di Instagram.

Dalam video yang dikongsikan Bryanbotakchin, kelihatan semburan kertas berwarna merah jambu dilepaskan, menandakan bayi dalam kandungan adalah perempuan. Noh, 40, juga kelihatan teruja ketika menyampaikan khabar itu kepada ahli keluarga dan kenalan yang hadir.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by THE CALLA (@the_calla)

Bagaimanapun, usia kandungan Fatin Athira masih belum didedahkan. Untuk rekod, pada September tahun lalu, Noh pernah berkongsi kesedihan apabila kehilangan anak sulungnya ketika masih dalam kandungan.

Noh mendirikan rumah tangga bersama Fatin Athira pada September 2023. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dengan penyanyi Mizz Nina pada 2011 namun berpisah pada Ogos 2022. Hasil perkahwinan tersebut, mereka memiliki seorang anak angkat bernama Musa.

image is not available 2025-07-14 14:21:09

"Masa Tu Dah Terbayang Muka Athira" - Noh Salleh 'Menangis' Gara-Gara Latihan Muay Thai, Terinspirasi Dari Siti Nurhaliza

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved