“It’s a girl”- Noh Salleh & Isteri Bakal Timang Anak Perempuan Tidak Lama Lagi

Entertainment
17 Aug 2025 • 12:19 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penyanyi dan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh dan isteri, Fatin Athira telah mengumumkan mereka bakal bertukar status menjadi ibu dan ayah tidak lama lagi kerana akan menimang cahaya mata sulung nanti.

Noh telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi Instagram baru-baru ini.

Pasangan ini turut berkongsikan jantina bayi sulung mereka itu iaitu bayi perempuan menerusi acara gender reveal yang disertai oleh keluarga dan sahabat-sahabat terdekat semalam.

image is not available

Ketika acara gender reveal atau pendedahan jantina bayi Noh dan isteri, dapat dilihat Noh melompat kegembiraan apabila asap dan kertas merah jambu dilepaskan ke ruang acara, menandakan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi adalah bayi perempuan.

image is not available

Untuk makluman semua, Noh telah berkahwin dengan Fatin Athira pada bulan September 2023.

Tahniah Noh & Fatin Athira!

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.