Tahniah Rakyat: JPJ Kelantan Kutip RM9 Juta Saman

2 Jan 2026 • 12:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Tahniah kepada rakyat Kelantan kerana melunaskan bayaran saman memandangkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berjaya mengutip saman sebanyak RM9 juta sepanjang tahun lalu.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pihaknya mengeluarkan sebanyak 116,183 notis termasuk 94,447 saman sepanjang tahun 2025.

image is not available

"Kutipan kompaun direkodkan lebih RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November lalu, iaitu peningkatan lebih RM520,000 berbanding tempoh sama 2024 yang merekodkan kutipan lebih RM8.5 juta.

"Secara keseluruhan sebanyak 200,076 kenderaan diperiksa dan 58,541 kenderaan diambil tindakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagi tindakan pendakwaan, sebanyak 32,455 kes dibawa ke mahkamah iaitu 32,423 kes membabitkan kesalahan di bawah APJ 1987 dengan kutipan lebih RM2.4 juta, manakala 32 kes mengikut Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dengan hasil RM56,500.

Tidak dinafikan, peningkatan itu antara lain dipengaruhi oleh pelaksanaan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus serta Program Budi MADANI RON95 yang diperkenalkan oleh kerajaan.

image is not available

Malah, usaha itu  selari dengan sasaran JPJ untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya sebanyak 50 peratus menjelang 2030.