Tahniah! Zahnita Wilson Sah Bergelar Isteri Kepada Farouk Osman Dengan Sekali Lafaz

26 Sep 2026 • 1:08 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon dan peragawati, Zahnita Wilson kini sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Farouk Osman Yunus, 46, selepas pasangan itu dinikahkan dalam satu majlis di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya, pada pukul 11.25 pagi tadi.

Menurut laporan Kosmo, Zahnita dinikahkan oleh abang kandungnya, Mohd Julian Hussein, dengan disaksikan Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Daerah Sepang, Mohammad Nazri Sobirin.

Mas kahwin RM300, dua cincin dan sejadah

Bride and groom in white traditional attire sit facing each other, holding hands during a wedding with white floral decor behind them.

Dalam majlis tersebut, Farouk menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM300, dua bentuk cincin serta sejadah kepada Zahnita.

Majlis pernikahan itu berlangsung secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat, termasuk tiga daripada empat anak perempuan Zahnita.

Kedua-dua mempelai tampil segak mengenakan busana pengantin berwarna putih rekaan Ruby Signature.

Zahnita Wilson sudah bertunang sejak Ogos lalu

Bride in a white gown with a peach hijab and floral lace, standing outdoors with bridesmaids in peach outfits behind her.

Terdahulu pada Ogos lalu, Zahnita mendedahkan dirinya sudah bertunang dengan Farouk, seorang duda yang bekerja dalam sektor kewangan, selepas mereka berkenalan selama beberapa bulan.

Perkahwinan ini menjadi lembaran baharu buat Zahnita selepas sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zackery pada 2005 sebelum mereka bercerai pada Ogos 2025.

Hasil perkahwinan terdahulu, Zahnita dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahfareena, 19, Zasharayna, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden, 5.

Nota Oh! Media:
Selamat melayari bahtera rumah tangga buat Zahnita dan Farouk. Semoga kehidupan baharu ini dipenuhi kebahagiaan, ketenangan dan kasih sayang bersama keluarga.

Sumber: Kosmo
Ikuti Perbincangan: Whatsapp, Facebook, Threads dan Instagram.

The post Tahniah! Zahnita Wilson Sah Bergelar Isteri Kepada Farouk Osman Dengan Sekali Lafaz appeared first on Oh! Media.
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved