Tahu sibuk! Ibu bapa mesti pantau anak sendiri, jangan serah semua pada sekolah – Kulasegaran

LocalFamily & Parenting
17 Oct 2025 • 3:56 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pembabitan aktif ibu bapa dalam kehidupan harian anak-anak dianggap kunci penting bagi menangani isu buli dan masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran menegaskan, ibu bapa tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab membentuk disiplin dan tingkah laku anak kepada pihak sekolah atau guru semata-mata.

“Ibu bapa juga mesti memantau dan terbabit dalam aktiviti harian anak-anak mereka. Ramai antara kita yang terlalu sibuk bekerja hingga menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah sedangkan sekolah sudah terbeban dengan banyak tanggungjawab.
“Mereka perlu mengambil tahu apa yang berlaku kepada anak-anak mereka, dengan siapa mereka berkawan dan ke mana mereka pergi,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri program dialog awam antibuli di sini, hari ini.

image is not available

image is not available

Ibu bapa pantau anak sendiri

Kulasegaran turut menyatakan keyakinannya bahawa hukuman rotan masih berkesan dalam menangani isu disiplin pelajar, mengikut amalan generasi terdahulu.

image is not available

“Berdasarkan pengalaman, saya sendiri pernah dirotan oleh guru.
“Kini, apabila pelajar dirotan, mereka akan pulang dan mengadu kepada ibu bapa, lalu perkara itu dijadikan isu besar. Dulu, jika kita balik dan beritahu ibu bapa, mereka pula akan merotan kita,” ujarnya.