Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching?

18 Jul 2022 • 7:42 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Wah! Mesti bangga kalau ada masuk dalam K-drama nanti.

Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching? Sebut sahaja Korea Selatan, pasti ramai yang ‘naik hantu’ kerana negara tersebut berjaya mencipta fenomena yang menggegarkan dunia terutamanya dalam dunia hiburan. Bermula daripada gelombang Hallyu (K-pop, K-drama) sehinggalah ke destinasi pelancongan, budaya dan makanannya, semuanya hampir dikenali oleh masyarakat seluruh dunia. Fuh!

Tapi, tahukah anda bahawa salah satu bandaraya di Sarawak dijadikan nama sebuah jalan di Korea Selatan?

image is not available
Blackpink, kumpulan K-Pop wanita yang terkenal di dunia.

Sebuah jalan dinamakan sebagai Namkuching-ro di daerah Guro, Seoul sempena nama Bandaraya Kuching

Daerah Guro di Seoul, Korea Selatan telah menamakan salah sebuah jalan di daerah tersebut dengan nama Namkuching-ro yang diambil bersempena dengan nama Bandaraya Kuching, Sarawak.

image is not available
Tahukah Anda Sebuah Jalan Di Korea Selatan Dinamakan Sempena Bandaraya Kuching? Gambar hiasan.

Berita penamaan tersebut disahkan sendiri oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato’ Wee Hong Seng. Beliau menjelaskan bahawa Namkuching-ro membawa maksud Jalan Kuching Selatan. Penamaan jalan Namkuching-ro di Korea Selatan adalah sebagai tanda memperingati hubungan persahabatan antara bandar Kuching Selatan dan daerah Guro.

Menurut Dato’ Wee, perkara ini merupakan salah sebuah pencapaian MBKS untuk tahun 2020.

image is not available
Dato’ Wee Hong Seng, datuk bandar MBKS.

Untuk pengetahuan anda, jalan Namkuching-ro ini terletak di kawasan bangunan UNESCO’S Asia-Pasific Centre of Education for International Understanding.

image is not available
Sumber : Daebaking

image is not available
Bangunan UNESCO’S Asia-Pasific Centre of Education for International Understanding

Goru-go, daerah terletaknya Istana Gyeongbokgung dan Hanok Village

Daerah Guro atau disebut sebagai Guro-gu di Seoul, Korea Selatan merupakan sebuah daerah yang dekat dengan destinasi pelancongan popular seperti Istana Gyeongbokgung, bangunan mercu tanda N Seoul Tower, taman tema Lotte World, Hanok Village dan Korean War Memorial. Bukan itu sahaja, daerah Guro ini juga menjadi pusat perkembangan digital di Korea dengan adanya kompleks industri digital.

image is not available
Istana Gyeongbokgung dan N Seoul Tower

Persahabatan antara dua bandar ini terjalin semasa Majlis Daerah Guro diterajui oleh Hwang Kyu Bok dan bekas Datuk Bandar MBKS, James Chan pada tahun 2012. Hubungan antara bandar yang dimulakan oleh Hwang ini semakin erat dan diperkuatkan lagi dengan penamaan jalan di Guro-gu sebagai Namkuching-ro pada tahun 2020.

Selain Bandaraya Kuching, daerah Guro ini juga menjalinkan hubungan persahabatan bandar dengan beberapa bandar lain di dunia seperti Chapel Hill di Amerika Syarikat serta bandar Dadong dan Xiangfang di China.

Tahniah Kuching, Sarawak!

Bandaraya Kuching juga merupakan satu-satunya bandaraya di Malaysia yang ditadbir oleh dua orang datuk bandar. Baca sebabnya di sini :