Tahun 2025 Masih Tiada Pemilik Baru, Banglo Sajat Jatuh Harga Lagi Ke RM3.4 Juta

7 Mar 2025 • 9:56 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Biarpun sudah beberapa tahun personaliti media sosial, Sajat, meninggalkan kediamannya, tetapi hingga ke hari ini masih belum ada penghuni baru yang memiliki rumah berkenaan.

Masih tiada penghuni baru

Dapat dilihat melalui hantaran di Facebook ejen hartanah berpengalaman yang bernama Ishaq Marazi, rumah berkenaan masih belum ada yang membida biarpun sudah masuk ke tahun 2025.

image is not available

Acara lelong telah berlangsung pada 3 Mac 2025, di mana ia dijual dengan harga pemulaan sebanyak RM3.79 juta.

Bagaimanapun, susulan masih tiada yang mahu membeli, harga rumah berkenaan akan diturunkan kepada harga RM3.4 juta di masa akan datang.

Beberapa faktor banglo Sajat tak laku

Rumah orang kaya memang agak susah nak dapat pembida. Sebab pembida pun orang kaya juga. Mereka ada pilihan tersendiri dalam membeli rumah. Agak detail, dari segi rekaan, susunan, bahan, fasad dan lain-lain lagi. Mereka ada taste masing-masing

image is not available

Katanya lagi, ramai pembeli menghubungi untuk melihat rumah Sajat itu tetapi hal itu tidak boleh dilakukan kerana pembeli tidak dibenarkan untuk lihat bahagian dalaman rumah lelongan.

Ini adalah faktor terbesar kenapa rumah lelong itu murah. Kadang-kala sampai separuh harga saja.

image is not available 8 months ago

"Dah Lelong Tapi Tiada Pembida" - Rumah Nur Sajat Tak Laku, Bank Kurangkan Harga Jadi RM4.21 Juta