Tak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak – Marhamah

LocalPolitics
14 Oct 2026 • 11:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan pihak tertentu yang terus mengaitkan dirinya dengan isu penyebaran unsur New Age Movement (NAM) tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya terlebih dahulu.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau menegaskan, sebarang dakwaan perlu diteliti dan disahkan kesahihannya bagi memastikan keadilan diberikan kepada semua pihak, bukannya membuat penilaian berdasarkan maklumat daripada satu pihak sahaja.

“Saya berada di Parlimen Tan Sri sampai malam semalam (Selasa)! Tapi tiada usaha daripada pihak (Ahli Parlimen) Pokok Sena untuk berjumpa saya sendiri dan bertanya tentang isu ini.
“Dan saya rasa tidak adil untuk hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Saad@Yahaya (PN-Pokok Sena) di Dewan Rakyat hari ini.
Image from: Tak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak – Marhamah

Foto arkib: Bernama

Ahmad sebelum itu meminta Marhamah memberikan penjelasan berhubung kontroversi yang mengaitkan dirinya dengan penyebaran unsur NAM.

Terdahulu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dilaporkan mengadakan sesi tabayyun bersama Marhamah susulan dakwaan berkenaan.

NAM turut didakwa menyusup masuk menerusi seminar motivasi, kursus pembangunan diri dan program kerohanian yang pada zahirnya dilihat bersifat neutral.

Mengulas lanjut, Marhamah mengingatkan semua pihak, termasuk Ahli Parlimen supaya mengutamakan usaha mendapatkan kepastian sebelum mengeluarkan kenyataan atau membuat sebarang andaian.

Image from: Tak adil hukum saya hanya berdasarkan cerita sebelah pihak – Marhamah

Foto arkib: Bernama

Beliau turut menyeru agar prinsip tabayyun, iaitu menyelidik dan mengesahkan sesuatu perkara sebelum mempercayai atau menyebarkannya, diamalkan dalam setiap tindakan.

“Jadi saya ingin mengajak ..ayuh kita bertabayun..semoga perjuangan kita bukan hanya sekadar lantang bersuara tapi kita menghidupkan akhlak dalam perjuangan kita,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Huda Husain)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved