“Tak Anggap Sindiran” – Suasana Tegang Ketika Bella Sampaikan Anugerah, Ini Respon Sophia Albarakbah

EntertainmentLifestyle
4 Aug 2025 • 10:32 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Sophia Albarakbah memilih untuk tidak ambil pusing dakwaan wujud ketegangan antara dirinya dan Bella Astillah ketika berada di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025).

Sophia berkata dia lebih fokus kepada kejayaan yang diraih apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat dan tidak menyimpan sebarang prasangka terhadap Bella. Katanya,

Saya okey saja. Kami dalam industri yang sama, tak perlu fikir bukan-bukan.

Malah, dia menganggap cara Bella menyampaikan anugerah bukan satu sindiran dan bersyukur dengan penghargaan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM (@hotfm976)

Namun, sikap Bella yang dilihat kurang mesra dan terus menghilangkan diri selepas majlis menimbulkan spekulasi netizen mengenai hubungan mereka. Ada yang mendakwa suasana di atas pentas tampak canggung dan Bella seolah-olah ‘terpaksa’ menyebut nama Sophia.

Untuk rekod, nama Sophia pernah dikaitkan sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Bella dan Aliff Aziz sebelum pasangan itu bercerai pada Jun lalu.

image is not available 2025-08-03 14:23:35

"Awak Nak Saya? Bukan Dah Dapat Ke..?" - Netizen 'Lipat Bumi' Dengar 'Pickup Line' Syed Saddiq Dan Bella Astillah