"Tak Berbaloi Langsung"- Pelancong China Tak Puas Hati Makanan Dalam Pesawat Malaysia Tak Sedap

Food
19 Sep 2023 • 5:36 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara momen yang dinantikan bila kita terbang ke luar negara, sudah tentunya ketika waktu makan! Syarikat penerbangan yang ada di Malaysia jarang gagal dalam menghidangkan makanan yang lazat buat penumpang.

Namun, baru-baru ini satu posting di platform media sosial China menarik perhatian rakyat Malaysia. Seorang pelancong China meluahkan rasa tidak puas hatinya tentang kualiti makanan dalam pesawat di salah satu syarikat penerbangan tempatan.

image is not available

Pelancong dari Shanghai tersebut, tidak gembira dengan hidangan yang dibelinya. Dia mengatakan hidangan nasi lemat itu salah satu hidangan yang mengarut! Dia yang terbang pulang dari Bali menyatakan dia telah pun membayar sebanyak RM22 untuk hidangan nasi lemat tersebut.

image is not available

Tambah beliau, apa yang dihidangkan tidak sama seperti yang tertera pada menu. Akibat rasa yang terlalu masin dia tidak mampu menghabiskan hidangan tersebut. Disebabkan itu, dia terpaksa membeli sebiji burger berharga RM28 sebaik sahaja mendarat di Malaysia untuk transit.

image is not available

Di ruagan komen, ramai rakyat Malaysia yang mempertahankan hidangan nasi lemak tersebut. Ada yang berpendapat, lidah warga China ini tidak sama dengan "lidah" warga tempatan. Ramai bersepakat hidangan tersebut cukup sedap dan review yang dinyatakan adalah keterlaluan.