“Tak berhantu pun!”- Pihak Pengurusan Amber Court Nak Saman YouTuber Yang Sengaja Palsukan Video Seram

Entertainment
25 Jun 2022 • 12:43 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Mesti korang pernah tengok video di mana beberapa YouTuber dan content creator mendakwa bangunan Amber Court di tanah tinggi Genting adalah berhantu.

Video terbabit telah tular hingga menyebabkan ramai yang percaya dan betul-betul anggap bangunan di Genting Highlands itu menyeramkan.

Namun, baru-baru ini, pihak pengurusan Amber Court telah tampil memberitahu perkara sebenar dalam sebuah sidang media bahawa dakwaan itu tak berasas dan tempat itu tidak berhantu pun.

image is not available

Menurut Oriental Daily, pihak jawatankuasa bangunan berkenaan telah menyangkal dakwaan ia berhantu seperti yang didakwa YouTuber terlibat.

Bukan itu sahaja, pihak mereka juga mengatakan bahawa sesetengah pencipta kandungan itu sengaja menggunakan bunyi tangisan yang palsu dan mengupah pelakon untuk menampakkan impak seram dalam video itu.

Disebabkan video palsu seumpama itu telah menyebabkan nilai hartanah itu jatuh merudum, pihak Amber Court turut mengatakan mereka mahu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak content creator yang telah menyebarkan video palsu tentang bangunan terbabit.

image is not available

Selain itu, pihak mereka juga mendakwa golongan terbabit memecah masuk ke dalam unit apartment persendirian ketika ia sedang diubahsuai.

Oleh itu, mereka juga memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang terus cuba memfitnah dan merosakkan apartment Amber Court.

Menurut pengerusinya, Datuk Seri KK Chai, apartment itu bakal ditukar namanya kerana nama sebelum ini telah menyebabkan bangunan tersebut sinonim dengan cerita hantu walaupun sebenarnya ia tidak berhantu.

Difahamkan, bahagian luarannya juga bakal dicat semula dan infrastrukturnya juga bakal diganti dengan yang baru.

Malah, sistem keselamatan di bangunan itu juga telah dinaiktaraf.

So, selama ni kita kena tipu je ke pasal Amber Court ni berhantu?

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.